CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 5

[Sabah] Labuan Sambut Merdeka Dengan 100% Imuniti Kelompok

[Copy link]
Post time 25-8-2021 11:35 PM | Show all posts |Read mode


LABUAN: Sebanyak 97% atau 66,448 penduduk dewasa di Wilayah Persekutuan ini melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 mereka setakat semalam, berbaki lima hari lagi ke arah mencapai 100% imuniti kelompok menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan, Rithuan Ismail, berkata sekurang-kurangnya 2,052 orang diperlukan bagi mencapai sasaran 100% imuniti kelompok menjelang akhir bulan ini.

“Melihat kepada jumlah kehadiran harian yang melebihi 200 hingga 300 orang bagi mendapatkan suntikan dos kedua di pusat pemberian vaksin (PPV), kami amat optimis mampu mencapai imuniti kelompok menjelang akhir bulan ini, dengan syarat jumlah mereka yang gagal hadir bagi vaksinasi dos kedua tidak tinggi.

“Satu lagi sejarah bakal tercipta jika Labuan berjaya mencapai 100% imuniti kelompok menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, susulan peratusan tinggi penduduk yang sudah divaksin, CITF menutup lima PPV dan mengekalkan dua sahaja iaitu PPV di Kolej Matrikulasi Labuan serta PPV di Komplek Darul Kifayah.

“Kami menyasarkan untuk mencapai 95% kadar vaksinasi bagi dos kedua menjelang akhir Ogos dan kami gembira apabila peratusannya melepasi jumlah itu sejak beberapa hari lepas,” katanya.

Rithuan turut mendedahkan bahawa masih ramai penduduk yang menerima suntikan dos pertama namun gagal hadir untuk mendapatkan dos kedua atas alasan berada jauh dari Labuan (pekerja sektor perkapalan serta minyak dan gas), sedang memulihkan kesihatan dan pulih daripada jangkitan Covid-19 serta hamil.

Beliau juga berkata, CITF yang diterajui Jabatan Kesihatan Labuan kini sedia menawarkan vaksin itu kepada golongan belia berumur 16 dan 17 tahun, bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan.

“Kami sudah memiliki satu program vaksinasi bagi golongan belia dalam kategori usia ini, bagaimanapun masih terdapat isu teknikal berhubung surat kebenaran sebelum kita boleh meneruskannya,” katanya.

Labuan menjadi Wilayah Persekutuan pertama yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bermula esok susulan kadar vaksinasinya yang tinggi dan jumlah kes Covid-19 yang rendah. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/08/25




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah warga labuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Rezeki jadi penduduk Labuan. Nak pindah sanalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:14 AM | Show all posts
tahniah org labuan ... stay safe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Merdeka awal laaa warga labuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:40 AM | Show all posts
Ngam-ngam rakyat Malaysia terutama kat Labuan 'beraya' pada 31 Ogos dengan mencapai 100% imuniti kelompok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.556931 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list