CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 0

[Sarawak] Sentiasa bersedia hadapi PRN ke-12

[Copy link]
Post time 25-8-2021 11:27 PM | Show all posts |Read mode


MATU: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jemoreng digesa agar bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang akan diadakan bila-bila masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng merangkap Ketua Cawangan PBB Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya memberitahu persiapan awal perlu untuk mempastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mantap dalam PRN akan datang dan mandat yang besar diberikan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Johari Tun Openg.

Berucap semasa Seminar Kepimpinan Komuniti Jemoreng di Dewan Masyarakat Pergau, Matu pada Selasa, beliau berkata dengan mandat terbaik dari rakyat akan membolehkan Sarawak kekal stabil dan terhindar dari pergolakan politik yang merugikan dan memberi kesan kepada rakyat.

Menurut Dato’ Dr Juanda, GPS membantu rakyat tanpa mengira latar belakang.

Malah Ketua Menteri katanya juga kerap turun padang ke seluruh pelusuk negeri untuk menyantuni rakyat atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab.

Katanya, Ketua Menteri juga secara prinsip bersetuju membina jambatan dari simpang Kebuaw ke Sibu yang akan menelan kos sekitar RM400 juta.

Dalam program itu, Pegawai Tadbir Khas UKAS, Datu Takun Sunggah menyampaikan taklimat berkaitan dengan proses yang akan berlaku pada hari pengundian yang tertumpu kepada agen mengundi dan agen pengiraan undi.



sarawakvoice.com/2021/08/25


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050073 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list