CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 0

[Sabah] Ambil tindakan tegas, elak Sabah dijadikan kubu persembunyian ASG

[Copy link]
Post time 25-8-2021 08:39 PM | Show all posts |Read mode
ASG : Kumpulan Militan Abu Sayyaf


KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain dengan bantuan pihak berkuasa Filipina mengambil tindakan lebih tegas bagi memastikan saki baki ahli Kumpulan Militan Abu Sayyaf (ASG) dapat dihapuskan di negeri ini.

Pesurujaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan itu adalah bagi mengelakkan Sabah terus dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian militan berkenaan.

“Kita saling bekerjasama dengan pihak keselamatan Filipina setiap masa dan saya rasa keputusan terhadap tujuh individu dipercayai ahli militan ASG yang ditahan di Pulau Timbang Sandakan baru-baru ini akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 sebelum diekstradisi balik ke negara Filipina.

“Soal siasat juga akan dijalankan bagi mengenal pasti jika ada saki baki ahli militan ini di lokasi yang diserbu dan tindakan tegas akan diambil segera di kawasan itu sekiranya ada.

“Kumpulan ini bagaimanapun dipercayai sudah melarikan diri selepas serbuan terakhir di Sandakan dan kita percaya mesej untuk menghapuskan ahli militan ASG untuk terus menduduki Sabah sampai sepenuhnya kepada mereka hasil operasi berterusan oleh pasukan keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata hasil maklumat yang didedahkan oleh pasukan keselamatan negara jiran itu juga mengesahkan salah seorang individu yang ditembak mati adalah bertanggungjawab untuk merancang penculikan pemilik ladang itu bagi mendapatkan wang tebusan (KFR).

“Selepas pandemik COVID-19 dilandaikan kita akan terus melaksanakan operasi secara besar-besaran bersama agensi keselamatan negara dan Filipina.

“Saya juga nasihatkan kepada pemilik ladang serta pemaju agar melaksanakan tindakan berjaga-jaga terhadap pengambilan pekerja warga asing dengan meneliti dokumen diri sebelum membawa masuk ke dalam kawasan masing-masing.

“Tindakan ini bagi mengelakkan ada dalam ahli militan ASG mengambil kesempatan secara mudah masuk ke sini secara senyap manakala majikan yang didapati mengambil pekerja tanpa permit sah juga boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam kejadian 17 Mei lalu, polis berjaya menembak mati lima lelaki dipercayai ahli Kumpulan Abu Sayyaf di sebuah penempatan haram di kawasan hutan Taman Sri Arjuna, Beaufort.

Dalam kejadian itu, polis turut berjaya merampas pelbagai senjata api yang digunakan dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa negeri ini.

Susulan kejadian itu, PDRM sekali lagi berjaya menembak mati dua ahli kumpulan Abu Sayyaf dalam operasi di Pulau Timbang, Sandakan, 20 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Tadika AL-Ghazali Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam.

Hazani berkata penempatan semula tabika kemas ke kawasan yang lebih selamat dengan fasiliti yang lebih kondusif dan selesa selepas tinjauan bersama isterinya Datin Fadziah Abdul Hamid yang mana bangunan tadika ini sebelum ini adalah bangunan kayu yang menempatkan empat buah kelas.

“Bangunan ini sudah beroperasi hampir empat dekad dan hampir keseluruhan adalah anak-anak warga IPK serta IPD berhampiran bagaimanapun bangunan ini hampir usang terdapat juga lantai kayu yang reput serta membahaykan keselamatan murid-murid.

“Hasil perbincangan semua pihak tabika ini mula dibina sejak Mac lalu dan selesai pada Jun dengan kos sebanyak RM170,000.

“Dengan inisiatif dan rasa tanggungjawab terhadap kebajikan anak warga PDRM Sabah, kos pembinaan ditanggung sepenuhnya daripada sumbangan awam termasuk peribadi,” katanya.


Vivi Olviana Najurus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.051572 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list