CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 6

[Sabah] Lelaki lalok dadah mengamuk

[Copy link]
Post time 25-8-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode

BEAUFORT: Seorang lelaki ditahan selepas memgamuk dan memecahkan fasiliti milik Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP) di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata suspek berumur 50 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas mengambil dadah jenis syabu.
“Suspek dikatakan memecahkan pasu bunga dan merosakkan perhiasan landskap menggunakan besi serta kayu dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi.
“Sebaik kejadian merosakkan harta benda itu, polis kemudiannya menerima laporan daripada abang suspek yang memaklumkan berkenaan kejadian.
“Berdasarkan laporan polis yang dibuat, sepasukan polis melakukan operasi memburu dan menahan suspek.
“Suspek akhirnya berjaya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batu 3, Kuala Penyu, kira-kira jam 3.30 petang hari sama," katanya semasa dihubungi semalam.
Beliau berkata sebaik ditahan suspek diarahkan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan keputusan saringan menunjukkan suspek positif dadah jenis methapetamine.
Tambahnya hasil siasatan awal juga mendapati suspek adalah penjawat awam dan tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Vivi Olviana Najurus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh la pakai baju lambang Malaysia!

Bagi malu je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
50 ke tu?
haaa lain kaliiii
pecahkan pasu tu kat kepala ko yee pokcik
umur da setengah habaddd oi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
akuchenta replied at 25-8-2021 08:55 PM
Dh la pakai baju lambang Malaysia!

Bagi malu je

tula sakit hati pulak ak tgk dia pki baju tu, wlupun ak x patriotik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols nieyh walaupun taik dadah, tetap yer dalam hati patriotik. Inilah warganegara contoh. Tiber.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok badan macam muda lagi, rupanya dah 50.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2021 06:40 AM | Show all posts
siasatan awal juga mendapati suspek adalah penjawat awam
sayang nyer lahai ... buat perangai ... dah nak pencen pun ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.351471 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list