|
*Jumlah kes di Sabah hari ini tidak banyak berubah walaupun susut sedikit sebanyak 152 ke 3324. *
*Daerah Kota Kinabalu kekal penyumbang kes yg paling tinggi di Sabah sebanyak 630 (-111), Penampang 413 (+78), Tuaran 348 (-90), Papar 319 (+62), Sandakan 245 (+36), Tawau 189 (+10), Kota Belud 128 (+51), Keningau 120 (-6), Lahad Datu 102 (-30), Putatan 94 (-40), Kota Marudu 88 (+30), Sipitang 82 (-64), Beaufort 55 (-67), & Kinabatangan 53 (-54).*
*315 kes (9.8%) adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari, 322 (10%) adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4-5 hari dan 1385 (43.0%) ada kes positif yang lewat didaftar antara 2-3 hari.*
*2098 kes (65%) adalah saringan kontak rapat, 788 (24.4%) diperolehi melalui saringan bergejala & 75 kes (2.3%) dpd kluster. Seramai 2878 (89.2%) orang pesakit adalah warganegara dan 346 bukan-warganegara.*
*Seramai 2917 (90.5%) pesakit adalah dalam kategori 1 (908) & kategori 2 (2009), 15 dalam kategori 3, 5 orang dalam kategori 4 dan 21 orang dalam kategori 5. 266 kes masih dalam siasatan lanjut.*
*Setakat semalam (24/8), 53.9% penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos dan 32.5% telahpun melengkapkan pengambilan kedua dua dos.*
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|