CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 4

[Sarawak] Ops Suci

[Copy link]
Post time 25-8-2021 01:09 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Setiap peniaga diingatkan harus berhati-hati dalam menjual atau mengedar produk makanan termasuk bahan-bahan untuk memproses makanan terutama yang diimport daripada luar negara yang mungkin diragui status pensijilan halal.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu, Nazari Hassan berkata, produk makanan atau barang yang diimport peniaga sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi mengesahkan status pensijilan halal negara yang berkaitan kerana JAKIM telah menyediakan kemudahan saluran semakan melalui portal halal.

Sehubungan itu katanya, isu atau alasan bahawa peniaga tidak tahu mengenai status halal produk import adalah tidak munasabah.

"Bagi sesiapa yang ingin membuat permohonanan bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http:/apps.halal.gov.my/myehalal," katanya  dalam kenyataan selepas menjalankan pemeriksaan ke atas premis sekitar Bintulu.

Dalam pada itu katanya, premis yang menggunakan logo halal juga harus memenuhi kriteria atau syarat yang ditetapkan supaya status halalnya tidak diragui khususnya buat masyarakat Islam di sini.

Selain itu katanya, aspek kebersihan premis juga harus dititikberatkan terutama keadaan dapur premis bagi memastikan penyediaan makanan mengikut syarak serta tidak menggunakan bahan-bahan yang meragukan.

"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan pasukan KPDNHEP Cawangan Bintulu mendapati kesemua premis mematuhi setiap peruntukan di bawah perundangan dan kriteria yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, Ops Suci KPDNHEP Cawangan Bintulu membuat pemeriksaan ke atas tujuh premis yang terdiri tiga buah hotel, tiga restoran makanan segera dan sebuah restoran makanan laut.

Katanya, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan setiap premis yang mana makanan yang disajikan boleh dimakan oleh orang Islam.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan ini dikuatkuasakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Akta Cap Dagangan 2019 (bagi kesalahan cap dagangan palsu berkaitan logo halal JAKIM/JAIN).

"Pemeriksaan yang dijalankan antaranya merangkumi penggunaan perbahasaan halal oleh premis, semakan ke atas status pensijilan halal dan kesahihan dokumen-dokumen daripada pihak pembekal.

"Selain itu, aspek kebersihan premis juga dititikberatkan terutama keadaan dapur bagi memastikan penyediaan makanan adalah mengikut syarak dan tidak menggunakan bahan-bahan yang meragukan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu nampak org melayu beli food colouring kat Shopee walaupun seller ada mention non halal.

Entah la,samada diorang tak baca atau beli sebab harga murah. Yg kesiannya end user sebab tak tau apa apa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2021 01:27 PM | Show all posts
acikbrown replied at 25-8-2021 01:23 PM
Selalu nampak org melayu beli food colouring kat Shopee walaupun seller ada mention non halal.

En ...
ketara tak pasal non halal tu...?

FC tak pernah nengok lagi


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-8-2021 01:27 PM
ketara tak pasal non halal tu...?

FC tak pernah nengok lagi

Rasanya dia tulis kat bahagian bawah details tu. Mungkin kalau tak baca betul betul, tak perasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2021 07:02 PM | Show all posts
acikbrown replied at 25-8-2021 02:08 PM
Rasanya dia tulis kat bahagian bawah details tu. Mungkin kalau tak baca betul betul, tak perasan.
huhu kalo kat bawah detail tu ... kompom la ramai tak baca sangat ...

Terimakasih tau untuk info ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054672 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list