View: 3735|Reply: 20
|
Patricia Hobart 107kg ke 75kg, peminat berang ‘Fat Amy’ sekarang ‘Fit Amy’
[Copy link]
|
|
Patricia Hobart DAHULU gempal, sekarang sudah kurus. Perubahan Rebel Wilson mengejutkan peminat.
107kg ke 75kg, peminat berang ‘Fat Amy’ sekarang ‘Fit Amy’
MASIH ingat dengan pelakon berbadan gempal yang cukup dikenali menerusi watak Fat Amy dalam filem Pitch Perfect? Percaya atau tidak, dia sekarang bukan lagi Fat Amy, bahkan semakin kelihatan ‘Fit Amy’.
Menerusi entri terbaharu dalam Instagram, pemilik nama pentas, Rebel Wilson itu memberi inspirasi kepada ramai apabila tampil dengan fizikalnya yang semakin kurus.
Ramai dalam kalangan peminat yang sangat kagum dengan perubahan fizikal yang semestinya bukan datang bergolek.
Apa yang dicapainya memerlukan kerahan keringat dan keazaman minda yang kuat.
“Sejujurnya, anda merupakan inspirasi, anda sememangnya seorang yang cantik. Anda telah membukti kerja keras membuahkan hasil baik kepada terhadap status kesihatan.
“Saya pasti bukan satu perjalanan yang mudah dan malah, saya sendiri sedang melaluinya sekarang (proses menguruskan badan),” tulis seorang peminat dalam ruangan komen Instagram Rebel, 41.
Bagaimanapun, tidak semua orang berpuas hati dengan perubahan mendadak fizikal Rebel yang sebelum ini terkenal dengan lelucon bersahaja termasuk menerusi tubuh gempalnya dalam naskhah Pitch Perfect.
“Apa sudah jadi! Mana Rebel? Saya rasa dia kelihatan lebih cantik sebelum ini (waktu bertubuh gempal),” coret seorang netizen lain.
Komen tersebut mendapat tentangan daripada peminat setia pelakon kelahiran Sydney Australia itu yang rata-rata mempertahankan pilihan hidupnya untuk menjalani gaya hidup sihat dan berfizikal kurus.
“Orang mungkin berpandangan dia lebih cantik sebelum ini namun kini, dia lebih sihat dan cantik sekarang,” getus seorang peminat mempertahankan Rebel.
Rebel sebelum ini memaklumkan, dirinya terpaksa mengekalkan saiz badan gempal kerana kontraknya dengan produksi filem Pitch Perfect belum tamat.
Pada 2020, selepas kontraknya tamat dengan produksi filem berkenaan, dia bersungguh-sungguh menurunkan berat badan.
Sehingga kini, dia sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) iaitu dari berat badan lama (107kg) kepada berat sekarang, 75kg yang dicapai pada November 2020. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawanya bila dah kurus... Masa gem tu pun lawa gak la.. mmg dia lawa x kira gem atau kur pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas...aku pun nak kurus jugak lah |
|
|
|
|
|
|
|
Lain sangat transformasi dia. |
|
|
|
|
|
|
|
adele sudah, rebel wilson sudah
lizzo?
still crying? |
|
|
|
|
|
|
|
peminat yg konon kata masa dia gemuk lebih cantik dan nak dia kekal gemuk tu selfish gila.
ingat mudah ke jd org gemuk ni? kesihatan tak bagus, saiz baju takda, bau badan, masalah self esteem n macam2 lagi. Belum lagi bab pasangan yach.. patut sokong lah dia. apoo la mat2 saleh ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi edele nampak muka tua bila kurus. masa dia gem dia nampak comel.. takpalah asalkan sihat...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi suka dia masa jadi fat amy...lagi comel dari fit amy |
|
|
|
|
|
|
|
Si Nohaliza bila leh kurus?? |
|
|
|
|
|
|
|
I paling menyampah kalu tgk kat socmed org yg dari gemuk ke kurus, ada komen2 yg kata, masa gemuk lagi cantik…kejadahhh..pastu lagi 1 yg suka komen, bila kurus nampak tua…helloooo, biar lah orang tu ada kesedaran nak kurus n jaga kesihatan… |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 25-8-2021 07:22 PM
I paling menyampah kalu tgk kat socmed org yg dari gemuk ke kurus, ada komen2 yg kata, masa gemuk la ...
Mungkin yang tulis komen tu pun gems...dan masih belum berjaya dalam misi menguruskan badan. Jadi dia nak sedapkan hati dia, dia leave lah komen macam tu, dengan harapan lebih ramai manusia bersetuju yang fat is awesome. |
|
|
|
|
|
|
|
Da lama jugak kan kurus pstu siap ada bf hot lg.. tup tup clash plak bf dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
miu84 replied at 25-8-2021 09:58 PM
Mungkin yang tulis komen tu pun gems...dan masih belum berjaya dalam misi menguruskan badan. Jadi ...
Boleh jadi jgk tu |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaaa dah tak secomey dulu laaa pulak.. tapi ok laa utk kesihatan kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa la dia bile dah kurus..time gemuk comel.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.. ingt senang ke nak kuruss... dah kurus nk maintain kuruss plak..
payahnya.. tu psl i x kurus2 |
|
|
|
|
|
|
|
last time aku nampak adele kat SNL kurus cengkung.nampak tak sihat
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun sheols lg lawa time fat tapi iols tetap sokong sheols kuruskan badan.. confident lg tinggi & kesihatan lg baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia jenis frame besar sbb tu 75kg tak nampak membulat. Dia tak tinggi pun kalau ikut standard western. Tahun lepas lagi dia start diet, bukan senang nak konsisten. Masa gem mmg nampak lagi comel tapi lagi elok ler kurus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|