CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Gantung Satok ‘hidup’ kembali

[Copy link]
Post time 24-8-2021 09:38 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jambatan Gantung Satok yang telah dibuka kepada orang ramai, mungkin akan muncul sebagai tempat mesti dikunjungi oleh pengunjung ketika berada di Kuching, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jambatan dibina semula selepas runtuh pada 7 Oktober 2004, menurutnya dari perspektif pelancongan juga akan menjadi seperti Jambatan Darul Hana yang dijadikan tempat wajib untuk bergambar dalam kalangan pelawat ke bandar raya ini.

Beliau mengesyorkan agar pengusaha sektor pelancongan menjadikan kunjungan ke Jambatan Gantung Satok sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan - apabila COVID-19 reda kelak.

“Saya berasa cukup gembira kerana ia cukup ikonik di Kuching. Sesiapa yang berasal dari Kuching mereka ada cerita mereka tersendiri di sebalik Jambatan Gantung ini.

“Apabila ia runtuh satu ketika dahulu ia menyebabkan ramai penduduk Kuching berasa sedih dan memohon agar dibina semula. Walaupun ia tidak serupa 100 peratus macam yang asal, tapi sedikit sebanyak ia dapat mengubat perasaan sedih bagi mereka yang ada nilai sentimental,” katanya dalam temubual bersama Utusan Borneo pada Isnin.

Nostalgia pada jambatan versi asal itu turut merangkumi peristiwa apabila jurulatih pasukan bola sepak Sarawak ketika itu, Awang Mahyan Awang Mohamed bersama para pemain skuad bimbingannya terjun dari jambatan ini pada 1989.

Tindakan Awang Mahyan adalah untuk menunaikan  janji kepada para pemain bimbingannya selepas Ngap Sayot, pasukan bola sepak Sarawak yang dilatihnya berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

Jambatan pejalan kaki itu yang dibina pada era pemerintahan Rajah Brooke itu  ditutup kepada laluan orang ramai pada 1992.

Pembinaan jambatan itu bermula pada 1923. Dengan kos AS$52,000, jambatan berketinggian 18 meter dari aras Sungai Sarawak itu siap sepenuhnya pada 1926.

Selepas runtuh, pada 2017 Kerajaan Negeri Sarawak mengambil keputusan untuk membinanya semula.

Pembinaan jambatan menggantikan yang lama - sepanjang 213 meter - diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dengan kerja bermula pada 19 September 2017 dan dijadualkan siap pada 18 September 2019.

Setelah siap, JKR Sarawak mengesan terdapat sedikit kecondongan pada blok utama tiangnya berdekatan Kubah Ria, susulan itu ia diperbaiki.

Jambatan itu kini disahkan selamat digunakan sekali gus menghidupkan semula binaan ikonik ini.



utusanborneo.com.my/2021/08/2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.480227 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list