|
652 tangkapan berkaitan dadah dan substance di Sarawak sepanjang Julai ini
KUCHING, 24 Ogos: Sejumlah 652 tangkapan direkodkan daripada 437 operasi penguatkuasaan berkaitan isu dadah dan substance di seluruh negeri ini bagi tempoh Julai 2021.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah itu, 70 melibatkan pengedaran, 156 memiliki dadah dan substance manakala 426 individu diuji positif urin.
Katanya, operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Laporan Bulanan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Negeri Sarawak di Kuching hari ini.
Datuk Seri Fatimah menambah jumlah penangkapan itu menunjukkan penurunan sebanyak 4.53 peratus berbanding pada Jun 2021 dengan 683 tangkapan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|