CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 5

[Sarawak] PATI di usir dari Sarawak

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode
10 PATI cuba loloskan diri ke Sarawak diusir balik


KUCHING: Tentera Darat(TD) mengusir 10 Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) wargenagara negara yang cuba meloloskan diri ke Sarawak dalam tiga tangkapan berasingan Op Benteng semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan hari ini, berkata, dalam pengusiran pertama, lima individu dipercayai PATI dikesan cuba memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia di lorong tikus berhampiran batu sempadan di Biawak, Lundu, jam 2.45 petang.

"Setelah ditahan dan disoal siasat, lima PATI termasuk seorang wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan.

"Pengusiran kedua dilakukan jam 7.15 malam,tiga individu yang mencurigakan
dikesan sedang berjalan kaki dari sempadan untuk memasuki kawasan Malaysia melalui kawasan ladang Tetangga Akrab, Balai Ringin,"katanya.

Katanya,setelah ditahan dan disoal siasat mendapati dua individu lelaki tersebut adalah PATI yang cuba memasuki negara Malaysia secara haram.

"Pengusiran PATI ketiga  pula dilakukan berlaku jam 9.45 malam, pasukan yang sedang melaksanakan serang hendap berjaya menahan dua individu dipercayai PATI yang telah memasuki sempadan Malaysia dari Indonesia di Jalan Ensawang, Lubok Antu.

"Setelah ditahan dan disoal siasat, PATI tersebut menyatakan ingin mengutip hasil kebun di Malaysia,"katanya.

Katanya,kesemua PATI ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan Polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

"Anggota Tentera Darat khususnya di Sarawak amat komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan setiap masa.

"Tentera Darat Malaysia senantiasa bersedia mengawal sebilang masa dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara,"katanya.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 07:56 PM | Show all posts











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 07:57 PM | Show all posts
ni yang tertangkap ...

yang berjaya masuk tanpa d sedari ...?

macam mana lah kes Covid nak reda kat Sarawak camni

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah..ATM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..pati ada kebun kat tanahair ku yg terchinta ..nangis akak...akak keje tunggang terbalik byr tax segala pun tak de kebun
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:20 PM | Show all posts
seronok kannnn dok malayaaa
gaduh2 sakan pun nak jugakk merasa rezeki malaya
nanti dah dok lama
mula laa provoke negara sendiri
netijen sana mula laa dok meroyan kata Malaya itu ini
rupanya orang sendiri buat onarrrrr...
syabas pada pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.347596 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list