CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 3

[Sabah] Kes COVID-19 Sabah kekal tinggi dengan 2,638 kes terkini

[Copy link]
Post time 22-8-2021 07:10 PM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah kekal dengan jumlah yang tinggi dengan rekod sebanyak 2,638 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes paling tinggi sebanyak 883 kes diikuti Tawau 259 kes dan Penampang 210 kes.

Katanya, Tuaran mencatatkan 193 kes, Sandakan 178 kes, Kinabatangan 111 kes, Putatan 94 kes, Beaufort 89 kes, Keningau 82 kes, Lahad Datu 73 kes, Kota Marudu 71 kes, dan Kota Belud 56 kes.

Menurutnya, daerah Papar merekodkan 49 kes, Tongod 42  kes, Sipitang 40 kes, Ranau 32 kes, Nabawan 28  kes, Kunak dan Tenom masing-masing 24 kes, Pitas 23 kes, Kalabakan 17 kes, Beluran 15 kes, Kudat 14  kes, dan Telupid 12  kes.

"Daerah Semporna mencatatkan lapan kes, Kuala Penyu enam kes dan Tambunan lima kes. Satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster  Kampung Penangah Tongod yang merekdokan sebanyak 36 kes termasuk 15 kes baharu," katanya.

Beliau berkata, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bukan semua kes yang dilaporkan hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Menurutnya, sebanyak 369 kes (14 peratus) adalah kes-kes tertunggak melebihi lima hari, 378 kes (14.3 peratus) melebihi empat hari dan 892 kes (33.8 peratus) adalah kes yang lewat didaftar melebihi dua hari.

Masidi berkata, daripada 2,638 kes berkenaan, 62.2 peratus  (1,640 kes) adalah dari kontak rapat, 23.2 peratus (611 kes) melalui saringan bergejala dan 5.3 peratus (139 kes) daripada kluster sedia ada.


Siti Aisyah Narudin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain macam kes kat Sabah ni..fuuuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 07:29 PM | Show all posts
skrg kawan yang duk KK semua dah WFH jer
tak dapat pi kerja.. kes makin naik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by laradelara at 22-8-2021 08:26 PM

Mcm mana keadaan di sabah? Ok ke forumers sabah? Harap sihat smuanya

Kwn iols kena transfer ke tawau minggu dpn. Sape2 yg ada di tawau, boleh update keadaan di sana? Thx in advance ye

Jaga diri & stay safe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045012 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list