CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 1

Rodgers waspada empat pemain West Ham

[Copy link]
Post time 22-8-2021 04:57 PM | Show all posts |Read mode
PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers telah mengenal pasti pemain-pemain West Ham yang dilihat berpotensi memberikan ancaman kepada kelab The Foxes itu pada pertemuan kedua-dua pasukan pada awal pagi Selasa.

Menurut Rodgers, keempat-empat pemain berkenaan melibatkan Michail Antonio, Declan Rice, Jarrod Bowen dan Pablo Fornals dilihat sebagai pemain yang mampu meranapkan impian The Foxes untuk meraih tiga mata pada perlawanan berkenaan.

“Seperti yang saya katakan tadi, keempat-empat pemain berkenaan tadi adalah pemain mereka yang sangat bahaya.

“Lihat sahaja kepada Michail yang agresif, selain Bowen dan Fornals yang sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan selain Declan Rice yang sering melakukan lorongan cantik dari tengah padang kepada jentera serangan pasukan.

“Secara keseluruhannya, bagi saya, West Ham musim ini adalah sebuah pasukan yang baik dan sudah pasti David (Moyes), telah melakukan tugasnya dengan baik selaku pengendali The Hammers,” katanya.

Untuk rekod, West Ham menewaskan Newcastle United 4-2 manakala Leicester City menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 minggu lalu.

Dalam masa sama, Rodgers berkata, persiapan The Foxes tetap berlangsung seperti biasa menjelang pertemuan berkenaan.

Malah katanya, kesemua pemain turut dilihat telah bersedia secukupnya bagi berdepan The Hammers dan membawa pulang tiga mata berharga.

“Kita tetap bersedia untuk mengharungi perlawanan ini kerana kita juga turut mempunyai pmain-pemain yang berkualiti bagi menjamin kejayaan pasukan.

“Oleh itu, perlawanan ini dijangka akan berlangsung dengan sengit selain turut menyajikan pelbagai aksi yang menarik untuk disaksikan,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pat-pemain-West-Ham
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 04:58 PM | Show all posts

Antonio: Foto: skysports
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051714 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list