CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 1

JDT ‘selangkah’ bergelar juara Liga Super

[Copy link]
Post time 22-8-2021 06:59 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk bergelar juara Liga Super musim 2021 selepas menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) dengan keputusan 2-0 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad JDT yang dikendalikan oleh Benjamin Mora mengekalkan kesebelasan terbaik dengan meletakkan Bergson Da Silva dan Safawi Rasid untuk mengemudi jentera serangan.

Keputusan tersebut ternyata membuatkan benteng pertahanan pasukan pasukan tuan rumah tidak senang duduk dengan kelincahan jentera serangan Harimau Selatan terutama hasil gerakan lincah pemain sayap, Arif Aiman Hanapi.

Da Silva membuktikan statusnya selaku penyerang import terbaik dengan meledak gol pembukaan pada minit ke-27 selepas menyudahkan hantaran yang dilakukan oleh Arif.

Bersambung pada babak kedua, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu terus ghairah menggasak kubu skuad The Phoenix yang dikendalikan oleh P. Maniam itu.

Namun, JDT hanya mampu meraih gol kedua hasil menerusi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang bijak menyudahkan peluang selepas menerima hantaran daripada pemain gantian, Akhyar Rashid pada minit ke-83.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengukuhkan cengkaman JDT di persada liga dengan 49 mata selepas mengharungi 19 perlawanan.

Kedudukan JDT masih boleh dicabar secara matematik oleh pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) selepas berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) sebentar tadi – K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 07:00 AM | Show all posts

Mohamadou Sumareh meraikan jaringan selepas membantu JDT meraih kemenangan 2-0 ke atas PJ City dalam aksi Liga Super sebentar tadi. - Foto oleh SHIDDIQIN ZON
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.276814 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list