CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1602|Reply: 1

[Negeri Sembilan] [N9] Ladang ternakan ayam di Gemencheh dikompaun RM500

[Copy link]
Post time 19-8-2021 09:17 PM | Show all posts |Read mode
JELEBU - Sebuah ladang ternakan ayam di Air Kuning, Gemencheh dikenakan kompaun RM500 selepas didapati menyebabkan pencemaran ke atas Sungai Air Kuning pada 8 Ogos lepas.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, tindakan kompaun itu dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan selepas melakukan siasatan di lokasi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik ladang itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(1)(b) Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996 (EKPPUABPU 1996) kerana melepaskan sisa kumbahan unggas ke dalam sungai, parit, anak air dan lain-lain.

"Tindakan penguatkuasaan telah diambil di bawah Seksyen 29 EKPPUABPU 1996 iaitu dengan mengenakan kompaun kepada pihak ladang sebanyak RM500," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada bekas pesara polis dan tentera di Kuala Klawang pada Khamis.

Mengulas lanjut, Bakri berkata, nilai tersebut ditetapkan dengan mengambil kira beberapa faktor termasuklah kerjasama baik yang telah diberikan oleh pihak ladang dalam menangani isu ini.

"Sementara itu, kerja- kerja pembersihan sungai berkenaan juga telah selesai dilakukan oleh pihak ladang dalam tempoh tujuh hari selepas kita mengadakan lawatan mengejut di lokasi pada 9 Ogos lepas," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sebuah ladang ternakan ayam di Gemencheh diberi tempoh tujuh hari bermula Isnin untuk membersihkan sistem kumbahan yang didakwa menyebabkan pencemaran ke atas Sungai Air Kuning.

Salah satu punca pencemaran sungai terlibat adalah dari ladang ternakan ayam itu dan didapati memang berlaku pengaliran air sisa kumbahan dari ladang berkenaan ke dalam parit serta anak air.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... heh-dikompaun-RM500
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 09:17 PM | Show all posts

Bakri ketika mengulas mengenai pencemaran di Sungai Air Kuning, Gemencheh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21533 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 175514 Replies : 4053
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6701 Replies : 79
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3400 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45136 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 1.646384 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list