View: 672|Reply: 1
|
'Terima kasih penyokong' - Werner
[Copy link]
|
|
London: Penyerang Chelsea, Timo Werner berterima kasih atas sokongan yang diterimanya selepas disuruh "keluar dari kelab itu" oleh seorang peminat dalam sesi latihan terbuka hari ini.
Penyerang kebangsaan Jerman itu menjalani latihan di Stamford Bridge ketika penyokong yang hadir turut dapat menyaksikan kelibat Romelu Lukaku secara dekat selepas bekas penyerang Inter Milan itu kembali ke kelab itu, minggu lalu.
Bagaimanapun, ia dicemari dengan insiden salah seorang peminat Blues yang menggesa Werner meninggalkan kelab berkenaan.
Ia jelas didengari menerusi pembesar suara dan mencetus kemarahan penyokong lain di tempat duduk mereka.
Werner kemudian memberi maklum balas positif dan mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya.
"Terima kasih di atas sokongan dan kasih sayang yang saya terima hari ini, peminat Blues! Saya benar-benar menghargainya," kata Werner.
Pemain dari RB Leipzig itu kelihatan bergelut pada musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan 12 gol dan melakukan 15 umpanan dalam 52 penampilan di Chelsea.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong bergaduh kerana Timo Werner. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|