CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 784|Reply: 1

Buka peluang lebih ramai pemain tempatan

[Copy link]
Post time 18-8-2021 08:04 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan memperluaskan skop pencarian pemain tempatan berkualiti tinggi sebaik saja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membekukan program naturalisasi pasukan kebangsaan.

Beliau yang menganggap keputusan terbabit tidak merencatkan persiapan skuad Harimau Malaya berkata, ketika ini barisan kejurulatihan sudah pun meneliti beberapa pemain tempatan untuk diserap ke dalam pasukan kebangsaan.

Menurutnya, barisan kejurulatihan akur terhadap keputusan itu sambil mengakui lebih ramai lagi individu tempatan berbakat dan berkebolehan setanding pemain naturalisasi.

"Barisan kejurulatihan akur dengan keputusan pengurusan FAM kerana ia adalah yang terbaik untuk pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang.

"Persiapan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan akan datang juga tidak terganggu kerana ada pemain tempatan baharu akan diserap terutama membabitkan beberapa posisi kritikal," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan FAM memutuskan untuk menangguhkan sementara program naturalisasi membabitkan skuad Harimau Malaya berikutan kegagalan memperagakan aksi terbaik di Kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023 di UAE Jun lalu.

Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, keputusan membekukan projek terbabit bagi memberi laluan buat tiga jawatankuasa teknikal untuk meneliti keberkesanan program itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat FAM akan datang.

Jawatankuasa terbabit adalah Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia serta Jawatankuasa Program Naturalisasi dengan laporan lengkap akan dibentangkan November nanti.

Sementara itu, mengenai pemilihan pemain berdasarkan minit permainan dan prestasi semasa, Cheng Hoe berkata, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan FAM.

Katanya, beberapa pemain seperti Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid dilihat memberikan persembahan cukup baik pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023 Jun lalu namun hakikatnya kedua-duanya mempunyai kurang minit perlawanan bersama kelab.

"Bagi saya tidak semua pemain kurang minit perlawanan bersama kelab gagal mempamerkan aksi mantap apabila menyarung jersi Harimau Malaya.

"Oleh itu, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama pengurusan FAM kerana perkara penting adalah kebolehan dan kemampuan mereka beraksi bersama pasukan Harimau Malaya," katanya.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 08:05 PM | Show all posts

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.451959 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list