CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak memperuntukkan RM63 bilion untuk pembangunan pasca Covid-19

[Copy link]
Post time 18-8-2021 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-8-2021 06:14 AM

Sarawak memperuntukkan RM63 bilion untuk pembangunan pasca Covid-19




MIRI: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM63 bilion untuk melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, strategi pembangunan ini akan memperkasa ekonomi negeri dua kali ganda dalam merealisasikan aspirasi menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi 2030.

“Saya berpandangan bahawa, sasaran di bawah fasa satu RMK-12 iaitu antara tahun 2021 hingga 2025 adalah untuk mengembangkan ekonomi pada kadar purata enam ke lapan peratus setahun.

“Kerajaan Sarawak telah memberikan anggaran RM63 bilion untuk melaksanakan PCDS 2030 di bawah RMK-12, di mana RM30 bilion akan datang daripada perbelanjaan pembangunan langsung dan RM33 bilion daripada dana alternatif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ceramah Maal Hijrah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Bahagian Miri Tahun 1443H yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Miri pada Selasa.

Terdahulu, Datuk Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak memberitahu penularan pandemik COVID-19 telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Penularan pandemik ini telah menyebabkan masyarakat berhadapan dengan virus yang sangat bahaya serta mudah berjangkit dan terdedah kepada risiko wabak penyakit yang boleh membawa maut.

“Ini merupakan satu tekanan yang sangat besar kepada masyarakat.

“Untuk itu, mereka perlu sentiasa disiapsiagakan secara berterusan mengenai pencegahan penularan pandemik seperti yang telah ditetapkan dalam Al- Quran dan As-Sunnah,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Transformasi Sosio Ekonomi) Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS) Al-Fadhil Ustaz Khalidi Ibrahim Setiausaha Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri Temenggong Datu Abdul Rahman Abang Fadzail, Timbalan Datuk Bandar Julaihi Mohamad, Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak Mual Suaud, Pegawai Agama Islam Bahagian Miri Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad dan Pengerui Jawatankuasa Pengurusan Masjid At-Taqwa Miri Hamzah Dadu.



sarawakvoice.com/2021/08/18


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.036008 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list