CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 809|Reply: 1

Carli sedia bersara dari bola sepak kebangsaan

[Copy link]
Post time 17-8-2021 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Los Angeles: Pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Carli Lloyd memberitahu dia akan bersara dari pasukan bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat (AS) hujung tahun ini.

Carli yang turut dinamakan pemain Wanita Terbaik tahunan FIFA dua kali, mengumumkan perancangannya untuk menggantung kasut bola selepas beberapa siri perlawanan pertunjukan bersama skuad kebangsaan yang akan ditempuhi.

Pemain berusia 39 tahun itu juga merancang menamatkan karier bola sepak profesional bersama pasukan NJ/NY Gotham FC dalam Liga Bolasepak Wanita Kebangsaan.

Dalam aksi bersama skuad kebangsaan awal bulan ini, Carli membantu AS memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak wanita di Olimpik Tokyo.

Pemain paling tua dalam skuad Olimpik AS memiliki 312 kap penampilan untuk menghampiri hanya Kristine Lilly (354) untuk rekod sepanjang zaman dalam penampilan antarabangsa.

Hanya empat pemain sudah beraksi lebih daripada 300 perlawanan buat negara mereka dalam sejarah bola sepak wanita antarabangsa.

"Ketika saya mula beraksi dengan skuad Kebangsaan pada 2005, dua impian utama saya adalah menjadi pemain bola sepak yang lengkap sebaik mungkin dan membantu pasukan memenangi kejuaraan," kata Carli.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 08:26 PM | Show all posts

Penyerang AS, Carli Lloyd mencatat rekod antara pemain wanita yang mempunyai penampilan antarabangsa terbanyak bersama negaranya. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.058009 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list