View: 774|Reply: 1
|
Kedah tak rela berputih mata lagi
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Kegagalan mendapat sebarang mata ketika aksi menentang Selangor FC menjadi pengajaran buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk bangkit memburu tiga mata menentang Penang FC di Stadium Darul Aman malam ini.
Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata mereka kini terus fokus berusaha untuk melakukan terbaik bagi mengelak 'pisang berbuah dua kali'.
"Kami tetap akan berusaha untuk melakukan yang terbaik di gelanggang sendiri untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga super.
"Sudah tentu akan ada pertukaran pemain yang dirancang untuk perlawanan malam ini." katanya.
Aidil bagaimanapun tetap mahu pemainnya sentiasa waspada diatas kemampuan pasukan Penang FC walaupun tiga pemainnya termasuk Casagrande dan Ryuji Utomo yang dikhabarkan tidak dapat beraksi akibat menjalani penggantungan perlawanan.
"Pemain yang harus diberi perhatian dalam pasukan Penang FC adalah pemain yang selalu menghantar bola dengan baik kepada Casagrande selain Rafael Vitor (pertahanan) yang mampu menjaringkan gol dan bertahan dengan baik.
"Selain itu perancang utama mereka, Endrick Dos Santos dan pemain licik Al Hafiz juga perlu diberi perhatian," katanya.
Selain itu pengendali dari Singapura itu berkata terdapat banyak kelemahan pada aksi menentang Selangor FC, Jumaat lalu yang harus diperbaiki terutama dari segi kecergasan dan aspek pertahanan yang nampak ketara pada perlawanan itu.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Kedah menjalani latihan persiapan sebelum perlawanan. FOTO Ihsan KDA FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|