CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: Jangan anjur atau sertai perhimpunan sosial

[Copy link]
Post time 17-8-2021 01:56 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Jangan anjur atau sertai perhimpunan sosial


KUCHING: Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed (gambar) sekali lagi meminta orang ramai agar tidak menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan sosial, majlis atau sambutan keramaian ketika ini bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Menurutnya, gesaan itu kerana mungkin terdapat kehadiran individu yang dijangkiti sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan turut menghadiri majlis sosial berkenaan. Langkah-langkah pencegahan ini walaupun nampak mudah namun ianya tetap amat berkesan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

"Masyarakat di Sarawak diminta agar tidak sekali-kali leka dan terus kekal berwaspada. Sekiranya orang ramai masih berdegil dan tidak mematuhi SOP, kemungkinan keadaan akan bertambah teruk," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, cara pencegahan jangkitan COVID-19 tetap tidak berubah tanpa mengira jenis varian bagi virus SARS-CoV. Orang ramai diseru sekali lagi agar kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting.

Jika terpaksa berada di tempat awam, sentiasa pastikan pelitup muka dipakai dan penjarakan fizikal dengan semua orang diamalkan serta mematuhi SOP yang ditetapkan. Bagi yang bekerja, sekiranya tidak sihat, jangan turun kerja.

Jika mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sukar bernafas atau mengalami kelesuan, sakit badan, cirit-birit dan muntah tanpa punca yang dapat dikenal pasti, segera dapatkan saringan dan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat walaupun gejala adalah ringan dan tidak teruk.

Pada Isnin, 1,566 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak - kes harian tertinggi pernah direkodkan.

Mengulas mengenai kes harian COVID-19 sebanyak 1,144 kes pada Isnin di Bahagian Kuching, beliau berkata daripada jumlah itu 731 kes di Daerah Kuching, 238 kes di Daerah Bau dan 175 kes di Daerah Lundu. Manakala, Daerah Serian melaporkan 84 kes baharu (5.4 peratus) dan Samarahan, 44 kes (2.8 peratus).

Sehingga 16 Ogos 2021, terdapat 21 lokaliti di Bahagian Kuching masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dengan 16 di Daerah Kuching, empat di Daerah Lundu dan satu di Daerah Bau. Seramai 21,293 populasi terlibat dalam lokaliti-lokaliti PKPD ini dengan 1,150 kes positif telah dilaporkan manakala 4,191 individu masih menunggu keputusan.

Sehingga semalam, 45 kluster aktif di Daerah Kuching, empat di Daerah Bau dan lima di Daerah Lundu. Daripada jumlah tersebut, terdapat 40 kluster komuniti, 10 kluster tempat kerja, satu kluster melibatkan upacara pengebumian, satu kluster pusat jagaan warga emas, satu kluster institusi (tadika) dan satu kluster balai polis.

"Kebanyakan punca perebakan dalam kluster ini boleh dikaitkan dengan aktiviti berkumpul secara sosial dan perjumpaan keluarga serta kegagalan mematuhi SOP di tempat kerja dan institusi," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/17



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058819 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list