CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 0

[Sarawak] Polis Kuching rampas dadah RM1.04 juta

[Copy link]
Post time 17-8-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-8-2021 05:55 AM

Polis Kuching rampas dadah RM1.04 juta



KUCHING: Dua lelaki disyaki pengedar dadah diberkas dan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM1.04 juta dirampas dalam operasi bersepadu 'Op Rempuh Pusher' pada 13 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kedua-dua suspek merupakan lelaki tempatan berusia 22 dan 24 tahun.

Menurutnya, mereka disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah tersebut yang telah beroperasi sejak 2013.

"Empat serbuan dilakukan sejak 13 hingga 15 Ogos iaitu di Federal Park, Matang, tepi jalan berhadapan Hotel Imperial, sebuah kondominium di Jalan Lapangan Terbang dan di Jalan Hup Kee yang membawa kepada penangkapan dua lelaki tempatan.

"Turut dirampas ialah sejumlah dadah iaitu 17,838 biji pil ekstasi dianggarkan bernilai RM378,150, 299 gram methamphetamine (RM29,900) dan enam kotak lagi juga dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM637,200," katanya dalam sidang media berhubung kejayaan tersebut, hari ini.

Tambahnya juga, dua buah kenderaan termasuk sebuah kenderaan pancuan empat roda (4wd) serta sejumlah wang tunai turut dirampas dalam operasi terdebut.

Bercakap mengenai modus operandi, Ahsmon memberitahu suspek menggunakan perkhidmatan kurier untuk membawa dadah-dadah tersebut masuk ke negeri ini.

"Dadah ini akan dihantar ke satu alamat yang dipalsukan, apabila dadah ini sampai dan perlu dihantar, maka tidak akan ada penerima kerana alamat palsu.

"Kemudian, seorang daripada suspek akan berpura-pura bagi satu alamat yang baharu dan mendakwa ada dihubungi penghantar untuk mengambil 'barang' (dadah) tersebut," katanya.

Dedahnya, selain di Kuching, dadah tersebut juga dipercayai untuk diedarkan ke daerah berdekatan termasuk, Padawan, Bau, Lundu dan Kota Samarahan.


Sebuah kenderaan 4WD milik suspek yang dirampas untuk siasatan lanjut.

"Siasatan masih dijalankan dan kita masih berusaha menjejaki suspek-suspek yang terlibat kerana kita nekad untuk memerangi tokan-tokan dadah ini," tegas beliau.

Sementara itu, siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Saringan awal air kencing pula mendapati hanya seorang daripada suspek positif dadah.

"Setakat ini, mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut dan sejak bila mereka terlibat dengan sindiket tersebut juga masih dalam siasatan," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa.


utusanborneo.com.my/2021/08/17






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.414679 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list