CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 4

[Sarawak] Penerima lengkap vaksin sahaja boleh bekerja di Sarawak

[Copy link]
Post time 17-8-2021 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-8-2021 01:30 AM

Penerima lengkap vaksin sahaja boleh bekerja di Sarawak



INDIVIDU yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan bekerja khususnya di premis tertutup di Sarawak.

Kuching: Hanya individu yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan bekerja khususnya di premis tertutup di Sarawak.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerima saranan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), berikutan peningkatan kes Covid-19 yang disebabkan oleh Varian Delta serta penambahan kluster tempat kerja.

Jurucakap Sekretariat JPBN Sarawak berkata, sehingga kini seramai 1,653,259 atau 80.9 peratus rakyat Sarawak menerima vaksinasi lengkap, manakala 166,415 masih menunggu dos kedua sepanjang Ogos ini.

"Secara keseluruhannya, sejumlah 1,819,674 golongan dewasa yang layak dijangka akan menerima dos lengkap menjelang akhir bulan Ogos," katanya hari ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan data yang diperoleh, hanya golongan yang sudah mendapat dua dos lengkap terbukti dilindungi daripada jangkitan Covid-19.

"Justeru, golongan yang belum menerima dua dos lengkap disarankan agar tidak mendedahkan diri di tempat yang berisiko tinggi, contohnya tempat yang sesak dan kurang ventilasi, terutamanya apabila transmisi jangkitan masih tinggi di dalam komuniti ketika ini," katanya.

Sementara itu, Sarawak mencatat angka tertinggi jangkitan Covid-19 harian dengan sebanyak 1,566 kes dilaporkan, hari ini dengan paling tinggi membabitkan Kuching, Bau dan Lundu iaitu 1,144 kes.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743246/penerima-lengkap-vaksin-sahaja-boleh-bekerja-di-sarawak



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
mana boleh ini macam lor...???-tauke lembah klang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2021 01:51 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-8-2021 01:36 AM
mana boleh ini macam lor...???-tauke lembah klang


sini masjid, supermarket, mall dll tempat cuma benarkan orang yang dah vaksin shj boleh masuk





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 17-8-2021 01:51 PM
sini masjid, supermarket, mall dll tempat cuma benarkan orang yang dah vaksin shj boleh masuk

...

kalau tauke dan pekerja semua dh vaksin..adil la dia buat camtu dgn pelanggan.Kat Semenanjung ni hanya..pelanggan jer kna wajib..bangla,indon,myanmar(pekerja)..tu..tada 'law'/sop yg jelas plak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 04:29 PM | Show all posts
Skuau replied at 17-8-2021 02:38 PM
kalau tauke dan pekerja semua dh vaksin..adil la dia buat camtu dgn pelanggan.Kat Semenanjung ni h ...
kelonggaran sehingga bulan ni jer untuk mereka yang blom vaksin ...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1266070

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061086 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list