CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 978|Reply: 1

[Sarawak] Lelaki dihukum dua tahun

[Copy link]
Post time 17-8-2021 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki dihukum dua tahun sentuh kemaluan budak


KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan serta tiga sebatan termasuk denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang kanak-kanak lelaki berusia 8 dan 12 tahun yang merupakan anak jirannya.

Hakim Maris Agan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun, selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan mangsa yang berusia 12 tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh meminta kedua-dua mangsa untuk melihat video berunsur lucah menerusi telefon pintarnya.

Dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan sebatan jika disabit kesalahan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh telah melakukan seks oral terhadap mangsa berusia 12 tahun ketika mengajak bermain permainan dalam talian Mobile Legend (PUBG) menggunakan telefon pintar miliknya di kediamannya.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh boleh dihukum penjara lima tahun dan dikenakan sebatan jika disabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kediamannya di Lundu sekitar April 2020 hingga April tahun ini.

Maris kemudian memerintahkan sebutan semula kes bagi sepuluh lagi pertuduhan esok (17 Ogos).

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



sarawakvoice.com/2021/08/17




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jijiknya kau ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056048 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list