|
London: Bintang Argentina, Lionel Messi tidak menyedari kertas tisu yang diberikan isterinya, Antonella untuk mengelap air mata ketika sidang media perpisahan oleh bekas kelabnya, Barcelona telah dikutip seseorang yang kemudian mahu menjualnya dengan harga AS$1 juta (RM4.24 juta.)
Itulah yang berlaku selepas individu yang mengambil tisu basah digunakan Messi sejurus tamat sidang media menjualnya dengan harga RM4.24 juta menerusi iklan dalam laman web popular.
Dia mendakwa tisu terbabit mengandungi genetik Messi yang membolehkan seseorang menghasilkan pemain sehebat legenda Barca itu.
Ketika sidang media selamat tinggal sebelum berpindah ke kelab Paris St Germain, Messi berkata Barcelona sudah menjadi sebahagian dalam kehidupannya.
Dia menyertai kelab itu sejak berusia 13 tahun dan sangat sedih untuk meninggalkan kelab yang disayanginya itu.
Menurut Messi, segala telah dilakukan untuk membolehkan dia terus kekal tetapi masalah kewangan menjadi penghalang kepada hasratnya itu.
''Ini detik paling menyedihkan dalam hidup saya. Saya dapat berasakan betapa saya disayangi dan dihormati oleh penyokong kelab ini,'' katanya.
HMetro
|
|