CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 0

[Sarawak] JPBNS saran hanya individu lengkap vaksin dibenar bekerja di premis tertutup

[Copy link]
Post time 16-8-2021 06:09 PM | Show all posts |Read mode
JPBNS saran hanya individu lengkap vaksin dibenar bekerja di premis tertutup

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS)  menyarankan hanya golongan yang telah menerima dos lengkap (dua dos) vaksinasi COVID-19 sahaja dibenarkan bekerja khususnya di premis tertutup.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes COVID-19 disebabkan varian Delta dan penambahan kluster tempat kerja di negeri ini.

“Setakat ini, seramai 1,653,259 orang atau 80.9 peratus telah menerima vaksinasi lengkap manakala 166,415 masih menunggu dos kedua sepanjang bulan Ogos ini.

“Secara keseluruhan, 1,819,674 golongan dewasa yang layak dijangka akan menerima dos lengkap menjelang akhir bulan Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS mengambil maklum masih ada golongan yang belum lengkap dua dos vaksin pada masa ini.

“Maka, Jawatankuasa bersetuju agar kelonggaran diberikan kepada operasi perniagaan di Sarawak sepanjang bulan Ogos ini di mana golongan yang bekerja dan layak perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi COVID-19.

“Bagi golongan yang tidak layak menerima suntikan vaksin COVID-19 atas sebab kesihatan, mereka boleh menunjukkan rekod kesihatan yang diperolehi daripada pegawai kesihatan yang sah,” katanya.

Jawatankuasa berkata, berdasarkan data yang diperolehi, hanya golongan yang telah mendapat dos lengkap (dua dos) sahaja akan terlindung daripada mendapat penyakit yang serius disebabkan COVID-19.

“Oleh itu, golongan yang belum menerima dos lengkap disarankan agar tidak mendedahkan diri di tempat yang berisiko tinggi.

“Misalan tempat yang sesak dan kurang ventilasi, terutamanya pada masa kini di mana transmisi jangkitan masih tinggi di dalam komuniti,” katanya.


Bagi golongan yang masih belum lengkap dos vaksinasi, JPBNS amat menyarankan agar garis panduan (SOP) terutamanya untuk makan dalam premis (dine-in) atau bekerja di premis makan harus dipatuhi sepenuhnya.

Utusanborneo/2021/08/16



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.160625 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list