View: 787|Reply: 1
|
Tottenham atasi Man City
[Copy link]
|
|
London: Pep Guardiola berkata Manchester City tidak akan panik untuk membeli Harry Kane pada harga yang meningkat sekalipun tewas 0-1 kepada Tottenham dalam aksi pembukaan bagi mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris, pagi ini.
Kane tidak bersama skuad Spurs kerana pulang lewat untuk latihan pramusim ketika dia cuba berhijrah ke pasukan juara England itu.
Tetapi Tottenham masih berupaya memberikan Nuno Espirito Santo permulaan diimpikan apabila tugasannya bermula dengan Son Heung-min menjaringkan gol tunggal tuan rumah pada minit ke-55.
Stadium Tottenham Hotspur yang penuh buat pertama kali sejak 17 bulan membantu keputusan dengan sorakan "adakah anda melihat Harry Kane" kedengaran pada penghujung saingan.
Skuad kendalian Guardiola mahu mencari pengganti Sergio Aguero selepas penjaring terbanyak sepanjang zaman itu ke Barcelona pada penghujung musim lalu.
Namun City meraih gelaran musim lalu sebahagian besar tanpa Aguero yang mengalami kecederaan dan Guardiola yakin dia boleh meletakkan kepercayaan terhadap pemain yang sudah dimilikinya sekiranya usaha mendapatkan Kane gagal.
"Sergio sudah tiada tetapi kami adalah pasukan yang sama yang menang gelaran Liga Perdana musim lalu.
"Kami cukup bagus untuk mencipta peluang dan menjaringkan gol, jadi kami akan melakukannya," kata Guardiola.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Tottenham, Son Heung-Min (kanan) meledak gol kemenangan ketika menewaskan Man City dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|