CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 591|Reply: 0

[Sarawak] Khianat, bakar kereta: Polis tahan seorang lelaki

[Copy link]
Post time 15-8-2021 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-8-2021 02:28 PM

Khianat, bakar kereta: Polis tahan seorang lelaki



KUCHING: Polis menahan seorang lelaki selepas didapati melakukan khianat dengan api dengan membakar sebuah kereta di Jalan Paragon, Batu Kawah pada Jumaat sekitar jam 6.50 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata kes berpunca apabila suspek melihat pengadu hendak mencuri rim kereta suspek.

Menurutnya, suspek merasa marah lalu melanggar kereta pengadu dari arah belakang menggunakan kereta jenis Datsun sehingga kereta pengadu masuk ke dalam longkang dan tidak dapat bergerak.

Tambahnya, suspek pada masa yang sama juga hendak menumbuk pengadu yang kemudiannya telah melarikan diri.

“Suspek juga mengaku telah melarikan diri setelah melanggar kenderaan pengadu.


“Dia kemudiannya kembali semula ke tempat kejadian lalu mengambil sebuah tong mengandungi petrol lalu mencurah ke kereta pengadu dan menyalakan api,” jelas Jaw Shyong dalam satu kenyataan.

Katanya, setelah lebih kurang 15 minit, pengadu yang kembali ke tempat kejadian untuk mengambil semula keretanya mendapati telah dibakar dan mengalami kerugian sebanyak RM 5,500.

Jaw Shyong berkata, suspek telah ditahan pada Sabtu sekitar jam 6.30 petang dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.



Sarawakvoice/2021/08/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.763357 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list