CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 826|Reply: 2

[Sarawak] 60 individu leka berhibur dikompaun di Bintulu

[Copy link]
Post time 15-8-2021 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-8-2021 12:42 PM

60 individu leka berhibur dikompaun di Bintulu

Kesemua pengunjung sebuah pusat hiburan yang leka berhibur semasa dikompaun tengah malam tadi.

BINTULU: 60 individu yang sedang leka berhibur dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Ahmad Zaidi, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, semasa menjalankan rondaan di kawasan Parkcity Commerce Square sekitar 12.10 tengah malam, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu terdengar bunyi bising dari arah sebuah pusat hiburan.

"Sebaik sahaja menghampiri pusat hiburan berkenaan, pasukan polis yang diketuai ASP Mohd Razif Mohd Yusuf mendapati pintu pusat hiburan berada dalam keadaan tertutup tapi tidak berkunci," ujarya.

Menurutnya, sejurus masuk ke dalam premis, pasukan polis mendapati kesemua pengunjung yang terdiri 42 lelaki dan 18 wanita berumur antara 16 hingga 41 tahun sedang leka berhibur.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang mengaku sebagai pemilik pusat hiburan berkenaan.

"Hasil semakan yang dijalankan mendapati pemiliknya gagal mengemukakan lesen perniagaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000/Peraturan 17 (2) PPPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021/ Seksyen 269 KK kerana premis disyaki beroperasi tanpa lesen dan ingkar SOP," jelasnya.

Turut dirampas katanya  lima unit televisyen, pelbagai jenis peralatan bunyi, resit jualan dan wang tunai berjumlah RM2,924.

Pihak polis turut mengeluarkan 60 kompaun kepada semua pelanggan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021.

Zulkipli berkata, pihak polis amat memandang serius akan hal sebegini kerana ianya menyukarkan usaha mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 di bahagian ini.

Justeru tegasnya, pasukan polis akan memperhebatkan pemeriksaan serta pemantauan  di sekitar bandar Bintulu khususnya yang melibatkan pusat hiburan dari masa ke masa.


Utusanborneo/2021/08/15



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
keRAKYATan gagal..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 08:52 PM | Show all posts
Jangan denda duit ...

patut suruh menjaga tempat kuarantin ...
tukang sapu...
tukang bagi makanan dan sebagai nya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048434 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list