CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 5

[Sarawak] Jejambat terpanjang di Sarawak dijangka siap hujung tahun ini

[Copy link]
Post time 14-8-2021 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-8-2021 01:35 PM

Jejambat terpanjang di Sarawak dijangka siap hujung tahun ini



BINTULU: Pembinaan jejambat sepanjang 1.2 kilometer di Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Jajaran Bintulu-Miri Projek Pakej Kerja (Work Package Contract-WPC 10) Batu 5 – Sungai Tangap, Nyabau merupakan jejambat terpanjang di negeri ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jejambat itu dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Katanya,  beliau sendiri telah melihat jejambat tersebut dan cuma beberapa kerja penurapan dan lain-lain masih dalam proses penyiapan.

“Beruntung orang Bintulu mendapat jejambat paling panjang,” katanya pada sidang media semasa memantau perkembangan projek tersebut, hari ini.

Tambah Fadillah, kementeriannya akan membuat audit sebelum ia diluluskan pembukaan kepada orang ramai sekiranya siap penghujung tahun kelak.

Pada masa sama, beliau mempelawa anak-anak Sarawak khususnya yang  berpengalaman dan tidak mempunyai kerja untuk memohon pekerjaan  dalam projek pembinaan LPB ekoran kekurangan tenaga kerja kerana sebelum ini majoritinya merupakan warga Indonesia.



suarasarawak.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah x jejak kaki ke NEGARA BINTULU
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bintulu memang wajib dapat jejambat terpanjang. Oil city, dah boleh kalahkan miri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:33 AM | Show all posts
belilies replied at 14-8-2021 04:29 PM
Bintulu memang wajib dapat jejambat terpanjang. Oil city, dah boleh kalahkan miri

Tak sabar tggu jejambat siapDh berapa tahun jam
Area situ dh byk taman2 baru
Kira padat jugak dh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:34 AM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 14-8-2021 02:40 PM
Lama dah x jejak kaki ke NEGARA BINTULU

Dh habis covid nanti dtg la
Skrg masih swab test masuk bintulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 10:34 PM | Show all posts
Jejambat Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1.2 kilometer di Bintulu merupakan jejambat terpanjang yang dibina di Sarawak



BINTULU: Jejambat yang dibina di Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Bintulu-Miri Projek Pakej Kerja (Work Package Contract-WPC 10) Batu 5 - Sungai Tangap, Nyabau Interchange merupakan jejambat terpanjang di negeri ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jejambat dibina di Bintulu merupakan yang terpanjang di negeri Sarawak yang panjangnya lebih kurang 1.2 kilometer (km).

Katanya, jejambat itu dijangka siap dibina pada penghujung tahun ini (2021) dan beliau sendiri telah melihatnya cuma beberapa kerja-kerja penurapan dan lain-lainnya masih tengah disiapkan.

"Beruntung orang Bintulu mendapat jejambat paling panjang," katanya pada sidang media semasa memantau perkembangan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Bintulu-Miri di Tapak Projek Pakej Kerja (Work Package Contract-WPC 10) Batu 5 - Sungai Tangap, Nyabau Interchange hari ini.

Ditanya pembukaannya katanya, jika ia siap pada hujung tahun ini kementeriannya akan membuat audit sebelum diluluskan sekali gus dibuka kepada orang ramai.

"Ada dua pakej lagi yang akan kita buka membabitkan Serian dan Julau. Untuk pakej di sini, dua lorong telah dibuka sebahagiannya," tambahnya.

Jelasnya lanjut, dua pakej telah siap dibina Telok Melano hingga Sematan dan Simpang Nyabau hingga Bakun, manakala yang lain sekarang masih dibina yang mana keseluruhannya hampir 70 peratus siap dan selebihnya 30 peratus lagi masih dalam pembinaan.

Beliau turut menyeru anak-anak Sarawak khususnya yang ada pengalaman dan tidak mempunyai pekerjaan agar memohon masuk dalam bidang pembinaan memandangkan tenaga kerja dalam bidang itu amat diperlukan sekarang ini khususnya dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Menjawab soalan berkaitan peruntukan katanya, tiada penambahan peruntukan untuk projek tersebut.

"Setakat ini bajetnya telah ditetapkan mengikut bajet yang diluluskan terdahulu berjumlah RM16 bilion keseluruhannya dari Telak Melano sehingga ke Pujut Miri," katanya.



utusanborneo.com.my/2021/08/14
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055126 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list