CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 774|Reply: 0

[Sarawak] Kuarters pekerja di Bintulu dikenakan PKPD

[Copy link]
Post time 14-8-2021 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Kuarters pekerja di Bintulu dikenakan PKPD

KUCHING: Kuarters Pekerja Yuk Juan Transportation Sdn Bhd di Bintulu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata arahan PKPD ini berkuatkuasa mulai 13 hingga 26 Ogos ini.
Manakala PKPD di Mega Jutamas Sdn Bhd di Sungai Kabulu, Ulu Suai, Niah di Subis dan Rumah Panjang Peter Kampung Rapak Penyau, Pantu Sri Aman dilanjutkan mulai 15 hingga 21 Ogos ini.

“PKPD di Shoplot 21,22 dan 23, Kemena Industrian Estate, Jalan Bintulu-Tatau di Bintulu ditamatkan hari ini.

“Selain itu PKPD di Rumah Sewa Leader Garage dan Bilik Sewa (atas kedai kosong sebelah Velton Inn) di Bintulu serta Kuarters Pekerja, Ladang Pelitanah 1 dan 2 di Dalat juga ditamatkan hari ini,” katanya

Mengenai laporan notis kompaun pula, polis Sarawak telah mengeluarkan tujuh kompaun di Kuching atas kesalahan ingkar garis panduan (SOP).

Polis turut menangkap empat individu terdiri daripada seorang warganegara Indonesia dan tiga warganegara tempatan atas kesalahan permit rentas daerah tidak sah.

Manakala dua lagi warganegara Indonesia ditangkap kerana melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) Sri Aman.

Sementara itu Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) Sarawak mengeluarkan masing-masing satu kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Bau, Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan Lembaga Kemajuan Bintulu.


utusanborneo.com.my/2021/08/14



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048329 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list