Edited by Vellfire at 14-8-2021 12:04 PM
Kaedah pasport diperkenal sebagai dokumen lengkap divaksin
Johari ditemani Awang Tengah dan tetemu kehormat lain ketika melawat PPV Dewan Suarah hari ini.
LIMBANG: Sarawak akan menghantar pakar-pakar teknologi maklumat (IT) untuk menyelaras dan meningkatkan jaringan internet untuk persiapan mengunapakai kaedah pasport sebagai dokumen untuk individu yang sudah lengkap divaksin dos kedua.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kaedah pasport itu akan digunakan di pasar raya dan kedai makan sejajar dengan pembuka sektor ekonomi dibawah perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Tiga.
Beliau berkata pasport ini sebagai dokumen yang menunjukkan individu sudah lengkap vaksin dua dos yang menggunakan kad dan terpaksa diproses menggunakan IT.
“Kita mengarahkan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) untuk memberi bantuan menyelaras dan menaiktaraf kelajuan internet untuk memproses pasport ini di kawasan strategik di bahagian Limbabng, termasuk Lawas dan kawasan yang mempunyai populasi besar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Taklimat Pembangunan di Rumah Rehat Kerajaan hari ini.
Turut sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Norliza Jusoh.
Abang Johari berkata lagi bahagian Limbang sudah berjaya mencapai imuniti kelompok dengan melepasi sasaran 80 peratus penduduknya yang layak menerima suntikan vaksin di bahagian ini dengan mencapai 88 peratus.
“Setakat ini hanya lebih 5,000 orang penduduk yang layak, perlu diberi vaksinasi. “Saya percaya sehingga hujung bulan ini angka ini akan dapat dicapai dimana jumlah itu akan dapat diberi vaksinasi hingga dos kedua,” katanya.
Menurut beliau melihat kepada program vaksinasi yang ada di bahagian Limbang, penduduknya memberi respon yang amat baik dalam program vaksinasi.
“Bahagian Limbang mempunyai 73,923 orang yang harus diberi vaksinasi.
“Setakat hari ini bahagian Limbang mencapai 91 peratus bagi dos pertama dan 88.3 peratus bagi dos kedua.
“Saya nampak program vaksinasi di Limbang satu-satunya yang terbaik di Sarawak,” katanya lagi.
Utusanborneo.com.my/2021/08/14
|