CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5167|Reply: 26

[Sarawak] Insiden tembak di Kem TUDM Sarawak

[Copy link]
Post time 13-8-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Insiden tembak berlaku di kem tentera di Kota Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Satu insiden tembak membabitkan empat anggota tentera berlaku di sebuah kem tentera di Kota Samarahan pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan insiden itu berkata, polis masih di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Saya masih tunggu laporan penuh dari Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.

Perkembangan mengenai empat anggota terbabit belum disahkan setakat ini.


Sumber : https://www.utusanborneo.com.my/2021/08/13/insiden-tembak-berlaku-di-kem-tentera-di-kota-samarahan



Berita lanjut menyusul. (Akan diupdate nanti)

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 13-8-2021 10:28 AM

Akan diupdate...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 13-8-2021 10:34 AM

Update :

Three Air Force personnel believed killed in shooting at Kota Samarahan camp


KUCHING (Aug 13): Three personnel from the Royal Malaysian Air Force are believed to have been killed in  a shooting incident at their camp in Kota Samarahan around 7.15am today.

An initial survivor of the shooting, who was rushed to the Sarawak General Hospital Heart Centre, is also said to have died moments ago.

It is understood that he was also an Air Force personnel member.

Sarawak police commissioner Datuk Aidi Ismail, who confirmed the shooting, said police from the Kota Samarahan police headquarters are currently at the scene.


“Early investigations showed that the incident took place at the camp’s guardhouse,” said Aidi.

In a statement, the Air Force called on the public not to speculate on the incident to allow the police to conduct a thorough investigation.

The statement also said that an internal investigation team would be formed to determine the cause of the incident.



https://www.utusanborneo.com.my/2021/08/13/tiga-anggota-tudm-disahkan-maut-dalam-insiden-tembakan-di-kota-samarahan

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:46 AM | Show all posts
apa hal weihh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mental ke ape yg bunuh tu?lepas tu tembak sendiri.kesian x pasal2 3 innocent man mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi ni?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
AMOK: Empat anggota TUDM maut ditembak (UPDATE)

SEORANG anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan membunuh tiga orang rakan sekerja beliau sebelum bertindak menembak dirinya.

Sumber menyatakan kejadian berlaku dipondok pengawal pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) TUDM di Jalan Samarahan lebih kurang jam 7 pagi tadi.

Suspek, yang berasal dari Lundu dikatakan telah tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal terus memasuki bilik pengawal.

Suspek terus mengambil sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas dipos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.

Difahamkan, dua anggota mati ditempat kejadian sementara seorang lagi cedera terkena tembakan dibahagian perutnya telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan namun beliau kemudiannya telah meninggal dunia.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih berada di lokasi kejadian membuat siasatan ke atas kes ini.

UnReportedNews #iamSarawakian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 13-8-2021 12:02 PM

amuk
M4 Carbine

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2021 08:26 PM | Show all posts
Masih dalam siasatan

Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 08:34 PM | Show all posts
Insiden tembakan di kem TUDM, polis kenalpasti suspek




Laluan masuk ke Kompleks Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan

KUCHING: Kes tembakan di Balai Pengawal (HANDAU) Kompleks Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan, seorang daripada empat anggota yang maut adalah suspek yang terlibat dalam insiden itu, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata.

Dedahnya, siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat anggota TUDM yang bertugas di Balai Pengawal(HANDAU), seorang anggota iaitu suspek merampas senjata api dari tempat simpanan senjata api Balai Pengawal.

"Rakannya cuba menenangkan beliau tetapi telah ditembak di bahagian perut. Selepas itu suspek masuk ke bahagian bilik rehat dan menembak seorang lagi di bahagian sisi dada sebelah kanan dan mati di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kemudian suspek menembak seorang lagi rakannya di bahagian belakang.

"Suspek kemudian membunuh diri dengan menembak bahagian bawah dagu menembusi otak dan mati di tempat kejadian. Dua orang mangsa termasuk suspek mati di tempat kejadian dan seorang mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Pusat Jantung Umum Sarawak, Kota Samarahan," katanya.

Tegas Mancha, pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah bergegas ke tempat kejadian.

Katanya lagi, setakat ini siasatan meliputi pengambilan sampel DNA, senjata, kesan tembakan dan kelongsong senjata dan akan dihantar ke forensik PDRM dan Jabatan Kimia untuk siasatan selanjutnya.

Selain itu, beliau memberitahu polis juga telah meneliti kamera litar tertutup (CCTV) dan saksi akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Maklumat suspek dan mangsa dirahsiakan untuk menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga. Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian ini," ujarnya.



Utusanborneo/2021/08/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 08:39 PM | Show all posts
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 08:45 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 13-8-2021 12:48 PM

TUDM dedahkan identiti empat anggota yang maut dalam insiden tembakan

KOTA SAMARAHAN: Markas Tentera Udara mendedahkan empat identiti anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden tembakan di Balai Pengawal (HANDAU) Kompleks Skuadron 330 TUDM, di sini hari ini.

Jurucakap markas itu berkata, mereka adalah Allahyarham Koperal Udara (KPL U) Mohammad Ehsan Sehamat, Mendiang Koperal Udara Ho Swee Boon dan Mendiang Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Nabau telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan, ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah.

"Waris kesemua anggota berkenaan telah dimaklumkan mengenai kematian mereka melalui pihak pengurusan TUDM di Pangkalan Udara Kuching," katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, kesemua mereka yang meninggal dunia berasal dari Sarawak dan telah berkahwin.

"Allahyarham Kpl U Mohammad Ehsan Sehamat berasal dari Asajaya Laut, Samarahan; Mendiang Kpl U Ho Swee Boon berasal dari Lundu; Allahyarham Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli berasal dari Seniawan, Bau dan Mendiang LUK Nesly Nabau berasal dari Sibu," jelasnya lagi.

Malah, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah berada di lokasi kejadian di Kota Samarahan untuk mengetahui dan meninjau dengan lebih jelas insiden berkenaan.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Udara telah menyantuni dan bertemu dengan waris-waris anggota di Pergerakan Udara Pangkalan Udara Kuching serta menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga kesemua anggota TUDM yang meninggal dunia.

Beliau turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan sumbangan bantuan kebajikan kepada waris terlibat.

"Semoga keluarga reda dan sabar dengan ujian yang menimpa dan pihak TUDM sedang membuat segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dan urusan kebajikan kepada waris anggota.

"Pihak TUDM telahpun menyerahkan kes berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan dan juga meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak PDRM selesai di samping menghormati sensitiviti waris dan keluarga anggota yang meninggal dunia," ujarnya.


Utusanborneo/2021/08/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 09:16 PM | Show all posts
Polis kenal pasti empat korban kes tembak di Kem TUDM Kota Samarahan



KUCHING: Polis telah mengenal pasti identiti empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudirman Kram berkata anggota yang maut terdiri daripada Kpl U Ho Swee Boon dari Lundu; Kpl U Mohamad Ehsan Sehamat dari Asajaya; Laskar Udara (LU) Luk Nesly anak Nabau dari Sibu dan Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dari Kuching.

Beliau berkata maklumat awal kejadian mendapati suspek dipercayai mengamuk dan masuk ke balai pengawal di kem Handau Skuadron 330 seterusnya mengambil senjata api.

“Ketika itu penyelia bertugas adalah Kpl Julaihi. Turut berada di situ adalah Kpl Mohd Saiful Dania, Kpl Jas anak Munap, LU Hezerin Muhd dan LU Afiq Nazmi Rozaidi.

“Suspek sempat bertanya nak hidup atau mati. Kpl U Sharif Mohd Siddiq cuba menenangkan suspek tetapi suspek telah melepaskan tembakan dan terkena perut Shariff. Mendengar bunyi tembakan, kesemua saksi bertempiaran lari menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik Bernama.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

TUDM dalam satu kenyataan pagi ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warga TUDM pada pukul 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika waktu anggota bertugas.

TUDM juga menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai dan satu lembaga penyiasatan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.



sarawakvoice.com/2021/08/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 10:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 08:13 PM | Show all posts
berita ni la FC baca semalam tapi tak dan nak buka thread sebab bz menyiap kan majlis befday mak ...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 08:30 PM | Show all posts
Vellfire replied at 13-8-2021 08:45 PM
TUDM dedahkan identiti empat anggota yang maut dalam insiden tembakan

KOTA SAMARAHAN: Markas Tent ...
Antara 4 ni...

salah seorang adalah yang menembak tu la kan ...

Jurucakap markas itu berkata, mereka adalah Allahyarham Koperal Udara (KPL U) Mohammad Ehsan Sehamat, Mendiang Koperal Udara Ho Swee Boon dan Mendiang Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Nabau telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli meninggal dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan, ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2021 08:41 PM | Show all posts
Isteri mangsa baharu habis berpantang



KOTA SAMARAHAN: Isteri salah seorang mangsa anggota ditembak, baharu habis berpantang dan meninggalkan bayi berusia dua bulan.

Malah Sharif Mohd Siddiq Al-Attas, 29, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.

Sharif yang telah berkhidmat bersama TUDM selama kira-kira 12 tahun dan baharu lebih dua tahun berkhidmat di Kuching.

Adik arwah, Sharif Mohd Saddam Al-Attas Wan Sabli, 27, berkata, arwah merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik selalu berpesan supaya tidak meninggalkan sembahyang.

"Arwah selalu berpesan kepada saya jangan tinggal sembahyang. Sebab kita tidak tahu bila kita meninggal dunia," katanya  ketika diemui di pekarangan Unit Kecemasan Pusat Jantung Umum Sarawak, Kota Samarahan hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7.50 pagi tadi, empat anggota TUDM maut dalam kejadian tembak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pagi ini.

Beliau berkata, arwah abangnya juga berhasrat untuk pergi memancing bersama-samanya.

"Dia berhasrat hendak pergi memancing bersama baru membeli joran pancing.

"Pagi tadi kami sama-sama turun kerja. Dia sempat membunyikan hon kenderaannya," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 09:07 PM | Show all posts
ok dah tau siapa penembak nya ...

tapi tak tau boleh ke tak tepek berita tu kat sini ...


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 09:16 PM | Show all posts
KUCHING: BEDAH SIASAT ANGGOTA TUDM PERTAMA DIJALANKAN PUKUL 5.00 PETANG INI

Bedah siasat untuk salah seorang anggota TUDM yang terkorban dalam insiden tembakan semalam akan dilakukan pada pukul 5.00 petang ini selepas ujian PCR diterima negatif.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato' Aidi Ismail dalam mengulas perkembangan kes kepada RTM pagi tadi menyatakan proses bedah siasat keatas tiga lagi anggota akan dilakukan selepas ujian swab PCR Covid-19 diperoleh.

Jelasnya dengan hanya seorang Pathologist bertugas di Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan beliau hanya boleh melakukan dua bedah siasat hari ini.

Manakala dua lagi akan dilakukan esok bergantung kepada keputusan ujian swab PCR.

RTMSARAWAK



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-8-2021 08:41 PM
Isteri mangsa baharu habis berpantang



Sedihnya..pagi sama2 pergi kerja..bertemu kali terakhir pagi tu lah kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.491320 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list