CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 12/08/2021 1,216 Kes baharu

[Copy link]
Post time 12-8-2021 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-8-2021 12:21 PM

Sarawak catat 1,216 kes baharu, tertinggi setakat ini - JPBNS








KUCHING: Sarawak merekodkan 1,216 kes baharu positif COVID-19 hari ini, angka tertinggi sejak pandemik melanda negeri ini setahun lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Kuching merekodkan kes harian tertinggi 618 kes diikuti Serian (223) dan Bau (116).

Lain-lain kes dikesan di Samarahan (77), Betong (32), Sibu (28), Lundu (18), Bintulu (16), Simunjan (15), Tebedu (13), Asajaya (9), Miri (7), Saratok (7), Kapit (6), Mukah (6), Selangau (6), Tatau (6) dan Beluru (3).

Manakala Dalat, Sebauh dan Kanowit masing-masing merekodkan dua kes dan masing-masing satu kes di Sri Aman, Pusat, Belaga dan Lawas menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak setakat ini 84,603.

“Daripada 1,216 kes baharu yang dilaporkan, 1,019 daripadanya merupakan kes kategori 1 iaitu tiada gejala dan 194 kes kategori 2 (gejala ringan).

“Manakala dua kes merupakan kategori 3 (jangkitan paru-paru) dan satu kes kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat dua lagi kematian akibat COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini seramai 477 orang.
Kes kematian ke-476 merupakan lelaki tempatan berumur 50 tahun yang berasal dari Kuching dan disahkan meninggal di Hospital Umum Sarawak.

Manakala kes kematian ke-477 merupakan perempuan tempatan berumur 69 tahun dari Serian dan dilaporkan meninggal di Hospital Serian.

Dalam pada itu terdapat 735 kes pulih dan dibenar discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan dibenar discaj kini meningkat kepada seramai 75,797 orang.
Jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan serta diasingkan di wad hospital dna pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah adalah 8,147 kes.



Utusanborneo/2021/08/12




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.811371 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list