CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 0

[Sarawak] Guna treler sawit seludup PATI

[Copy link]
Post time 12-8-2021 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Guna treler sawit seludup PATI
Keempat-empat PATI terbabit bersembunyi dalam treler.

KUCHING: Taktik licik seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup masuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan sebuah treler minyak sawit digagalkan sepasukan polis di Jalan Serian Sri Aman awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, dalam tangkapan sekitar jam 8.15 pagi itu, sepasukan polis dari 'Task Force' Skuadron Perisai 11, Briged Sarawak dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Serian telah menahan treler tersebut.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun menjumpai empat warga Indonesia terdiri daripada dua lelaki berusia 30 dan 48 tahun dan dua wanita berusia 27 dan 48 tahun.

"Keempat-empat warganegara Indonesia ini gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kesemua PATI tersebut disyaki telah memasuk ke Sarawak melalui jalan tikus.

Jelas Aswandy, tujuan keempat-empat PATI tersebut adalah untuk dihantar ke ladang sawit Selangau.

Berikutan itu tegasnya, kesemua suspek telah ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut.  

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kes masih dalam siasatan.

Treler yang digunakan menyeludup empat PATI ditahan.


utusanborneo.com.my/2021/08/12




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.120889 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list