CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 5

[Sabah] Pemandu teksi rempuh tiga kenderaan di KKIA meninggal dunia

[Copy link]
Post time 11-8-2021 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-8-2021 01:35 PM

Pemandu teksi rempuh tiga kenderaan di KKIA meninggal dunia
KOTA KINABALU: Pemandu teksi yang merempuh tiga kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia.

Pemandu yang berumur 65 tahun itu dipercayai maut selepas bertarung dengan penyakit kegagalan buah pinggang dan masalah kesihatan lain Isnin lalu.

Presiden Persatuan Limosin dan Teksi KKIA Shamsuddin Mohd Shah berkata beliau dimaklumkan berkenaan kejadian itu daripada pemandu teksi lain.

“Mendiang mengalami masalah yang agak berat termasuk tekanan emosi serta masalah kesihatan dan saya turut dimaklumkan mendiang menjalani dialisis. Untuk tempoh terbabit kami berusaha sedaya mungkin untuk membantunya lebih-lebih lagi selepas tidak mempunyai rumah tetap selepas berpisah dengan keluarganya,” katanya.

Menurutnya pihaknya bersama beberapa anggota persatuan akan mengunjungi rumah mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir sebelum urusan pengkebumian hari ini (Khamis).

Sementara itu bercakap mengenai insiden di KKIA pada 19 Julai lalu, Shamsuddin berkata pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mendiang.

“Kita tahu masalah yang dihadapinya, dan itu semua hanyalah salah faham. Cabaran pandemik COVID-19 sangat berat dan pemandu bertolak ansur sesama sendiri dan membiarkan perkara itu berlalu,” katanya.

Sementara itu Shamsuddin juga meminta pihak kerajaan agar melihat masalah yang dihadapi oleh persatuan pemandu teksi yang mengalami kehilangan pendapatan dan mata pencarian disebabkan COVID-19.

“Masalah kekurangan pendapatan sudah berlarutan sejak setahun lalu dan saya harapkan kami akan diberi perhatian serta bantuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi,” katanya.





Barisan dipotong, pemandu mengamuk rempuh tiga kenderaan
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D4


utusanborneo.com.my/2021/08/11




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..mesti badan tak sihat tapi terpaksa kerja. Baguslah pemandu yang lain ada rasa simpati.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak baca susah sampai mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 06:22 AM | Show all posts
makin ramai tertekan ...
makin ramai dah mati akal tak tau nak buat apa ...

Takziah ...


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 09:12 AM | Show all posts
takziah diucapkan kepada keluarga waris
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056446 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list