CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 0

[Sarawak] Lima lokaliti jalani PKPD, tiga daripadanya di Bintulu

[Copy link]
Post time 11-8-2021 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Lima lokaliti jalani PKPD, tiga daripadanya di Bintulu



KUCHING: Lima lagi lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan tiga daripadanya di Bintulu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, sementara dua lagi lokaliti dikenakan PKPD adalah di Sebauh dan Sri Aman.

“Di Bintulu PKPD melibatkan Kuarters Pekerja Sung Lee Transportation, Kemena Industrial Estate; Kuarters Pekerja KTS Timber Processing Sdn Bhd dan Kuarters Institusi Pendidikan Kidurong, yang semuanya berkuat kuasa dari 10 hingga 23 Ogos 2021.

“Manakala di Sebauh PKPD melibatkan Rumah Gong Laing, Long Maktub, Tubau yang berkuat kuasa 10 hingga 23 Ogos.

“Sementara PKPD di Sri Aman melibatkan Rh Sering, Kampung Bangkong, Pantu berkuat kuasa 11 hingga 24 Ogos 2021,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS memaklumkan tiga lagi lokaliti ditamatkan PKPD pada 11 Ogos 2021 iaitu Kuarters Pekerja KL Engineering Sdn. Bhd di Bintulu; Kuarters Pekerja Parasmak Plywood Sdn. Bhd di Bintulu dan Kuarters Pekerja Stonehead Quarry Sdn. Bhd di Tatau.

Mengenai laporan notis kompaun, polis Sarawak telah mengeluarkan 21 notis kompaun dengan 19 di Miri dan dua di Kuching kerana gagal mematuhi SOP.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 9,847.  

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula tujuh notis kompun dengan enam bawah seliaan Majlis Daerah Serian dan Majlis Daerah Kapit (1) atas kesalahan melanggar SOP.

Dengan ini sebanyak 1,408 notis kompaun dikeluarkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, setakat ini.


utusanborneo.com.my/2021/08/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.486981 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list