View: 761|Reply: 1
|
MFL umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah MFL baharu sebagai wakil pasukan bagi penggal 2021-2025 menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-5 yang diadakan secara maya hari ini.
Satu daripada tiga pelantikan itu menerusi pemilihan oleh 22 Rakan Kongsi Liga adalah individu baharu iaitu Pengarah Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.
Manakala Pengarah Johor Darul Ta'zim (JDT), Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin yang sebelum ini memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk wakil bebas pada 2017 kini dipilih oleh Rakan Kongsi Liga sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi wakil pasukan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC, Mustaza Ahmad pula meneruskan tugas bagi penggal kedua sebagai wakil pasukan dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Pelantikan itu menyaksikan mereka bertiga akan bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengarah MFL yang lain iaitu Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Mohd Joehari Ayub dan Christopher Raj (wakil Persatuan Bolasepak Malaysia) serta Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar bertindak (wakil bebas).
Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin amat mengalu-alukan kedatangan tiga Ahli Lembaga Pengarah MFL yang dipilih dalam mesyuarat itu di mana beliau optimis kehadiran mereka akan dapat terus memberikan perubahan kepada Liga Malaysia (Liga M) pada masa akan datang.
"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Datuk Saiful, Datuk Jaifuddin dan Mustaza yang dipilih oleh Rakan Kongsi Liga menjadi Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi penggal 2021-2025.
"Sesungguhnya jawatan ini bukan boleh dipandang ringan di mana tanggungjawab dan komitmen tinggi dituntut dalam usaha membantu Liga M tetapi saya optimis bahawa mereka juga memiliki keupayaan untuk membantu MFL sebagaimana mereka sendiri dipilih oleh Rakan Kongsi Liga untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah MFL," katanya.
Dalam mesyuarat itu juga, Hamidin mengingatkan agar Ahli Lembaga Pengarah MFL supaya bersedia dengan perancangan lebih awal bagi Liga M 2022 yang dijangka lebih mencabar dalam tempoh pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
"Saya memaklumkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah MFL supaya bersedia dengan perancangan awal supaya kalendar Liga M tahun depan lebih lancar, sebab kita tidak tahu bila negara kita akan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.
"Mungkin ia akan mengambil masa jadi MFL serta Rakan Kongsi Liga juga perlu membuat perancangan lebih baik dan meningkatkan kerjasama demi kelangsungan Liga M," katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin |
|
|
|
|
|
|
| |
|