View: 780|Reply: 1
|
Lupakan kekalahan lalu, ayuh bangkit - Badrul
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali mengharapkan anak buahnya dapat melupakan episod malang ketika tewas kepada PDRM FC Ahad lalu, sebaliknya mereka perlu bangkit memburu tiga mata menentang Perak FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Jurulatih meningkat naik berusia 45 tahun itu berkata, hanya kemenangan sahaja yang mampu mencerahkan peluang pasukannya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas pulang dengan tangan kosong selain rekod tanpa kalah tercalar akibat 'dibedil' skuad The Corp 2-1.
Bagaimanapun bekas pemain tengah Terengganu itu sekali lagi bakal berdepan dengan ujian getir apabila penyerang utamanya, Jordan Mintah tidak dapat diturunkan kerana masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami.
"Saya ingatkan pemain agar melupakan kekalahan kepada PDRM FC tempoh hari kerana misi kita adalah untuk merakam kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri biarpun tanpa kehadiran penonton.
"Ketiadaan penyerang utama yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan sudah pasti begitu dirasai dalam misi memburu kejuaraan liga.
"Namun kita tidak boleh bergantung kepada seseorang pemain sahaja, pemain lain juga perlu bijak memanfaatkan peluang dengan aksi terbaik bagi mengelak kita keciciran mata lagi.
"Jadi kita bakal membuat sedikit rombakan ke atas pemain apatah lagi aksi malam esok adalah yang terakhir di tempat sendiri manakala empat perlawanan lagi di stadium lawan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mintah yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga divisyen dua dengan 14 gol terlepas peluang beraksi pada Ahad lalu ketika pasukannya berdepan dengan PDRM FC selepas mengalami kecederaan siku akibat bertembung dengan penjaga gol Sarawak United FC, Mohd Sharbinee Allawee Ramli pada minggu lalu.
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain TFC II menjalani latihan sebelum menentang Perak FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok. FOTO Ihsan TFC |
|
|
|
|
|
|
| |
|