View: 686|Reply: 1
|
Chelsea buru Piala Super Uefa
[Copy link]
|
|
Belfast: Chelsea mahu memulakan musim baharu dengan menjulang trofi pertama apabila juara Eropah itu menentang pemenang Liga Europa, Villarreal pada saingan Piala Super Uefa di Belfast, awal pagi Khamis ini.
Impak Thomas Tuchel sejak mengendalikan Blues pada Januari lalu meningkatkan harapan Chelsea untuk memperkasakan cabaran dalam semua pertandingan musim ini terutamanya selepas Romelu Lukaku makin hampir kembali ke Stamford Bridge dengan harga rekod kelab £97 juta (RM570 juta).
Skuad Tuchel menewaskan Manchester City untuk mengungguli Liga Juara-Juara pada Mei lalu, hanya lima bulan selepas dia menggantikan Frank Lampard yang dipecat ketika Chelsea menduduki tempat kesembilan Liga Perdana.
Kejayaan di Porto adalah kemenangan ketiga Chelsea dalam tempoh enam minggu menjelang penghujung musim. Sekarang mereka menyasarkan untuk menyingkirkan skuad Pep Guardiola daripada takhta Liga Perdana.
"Kami mahu menang, kami mahu bertanding dan sudah tentu mahu berjaya,'' kata Tuchel menjelang perlawanan kompetitif pertama mereka di Windsor Park.
"Kami akan cuba berentap untuk setiap gelaran tetapi saya fikir ia langkah besar jika kami dapat mengekalkan kualiti sama, sikap dan usaha yang ditunjukkan musim lalu."
Villarreal pula memburu trofi pertama mereka sejak menewaskan Manchester United menerusi penentuan penalti di Gdansk.
Unai Emery kini menjuarai Liga Europa empat kali tetapi tidak pernah memenangi Piala Super selepas tiga kejayaan dengan Sevilla.
Bekas pengendali Arsenal dan Paris Saint-Germain itu percaya Chelsea akan menjadi kelab terbaik di dunia tetapi berharap juara Eropah berdepan kesukaran susulan beberapa pemain utama baharu sahaja menyertai kem latihan.
"Beberapa tonggak Chelsea dari Itali dan England hanya tiba minggu ini. Barisan utama mereka mungkin tidak sama seperti di final Liga Juara-Juara. Harap ia beri kelebihan kepada kami.''
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
CHELSEA menjulang trofi Liga Juara-Juara musim lalu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|