View: 660|Reply: 1
|
Gaji baharu Stones RM1.46j seminggu
[Copy link]
|
|
London: John Stones akan terus kekal di Manchester City sehingga 2026 selepas menandatangani kontrak baharu dengan gaji £250,000 (RM1.46 juta) seminggu.
Ia melengkapkan kebangkitan pemain berusia 27 tahun itu yang sebelum ini hampir disisihkan City pada musim 2019-20.
Stones tersenarai antara pemain yang mahu dijual tetapi pengendali, Pep Guardiola berjaya menggilap dia sehingga menjadi salah seorang pertahanan tengah terbaik di Liga Perdana Inggeris.
Stones memasuki tahun terakhir kontraknya tetapi kedua-dua pihak saling memerlukan selepas dia membantu City menjuarai Liga Perdana dan mara ke final ke Liga Juara-Juara.
Pengumuman rasmi dijangka dalam masa 48 jam.
Sementara itu, pemain yang mencipta rekod Britain dengan harga £100 juta (RM585 juta), Jack Grealish diperkenalkan di hadapan ratusan penyokong di Etihad.
Grealish, 25, berkata: "Tidak, saya rasa ia bukan satu tekanan. Saya anggap ia satu penghargaan. Saya sebenarnya sukakannya, saya fikir ia tanda aras yang baik.
"Apabila ada kelab sedia membayar dengan jumlah itu, ia bermakna mereka percaya dan menilai anda dengan tinggi dan melihat banyak potensi dalam diri anda. Saya anggap ia perkara yang baik.
"Sekarang saya harap dapat membalas kepercayaan City dengan memenangi sebanyak trofi yang kami mahukan. Itu antara punca kenapa saya ke sini. Itu yang diperkatakan pengurus kepada saya.
"Dalam bilik persalinan saya melihat ada ramai pemain berbakat dan saya yakin kami boleh menang tahun ini."
sumber : HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
STONES ikat kontrak baharu lima tahun. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|