CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 0

[Sarawak] Kuarters bomba di Bintulu antara lima lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

[Copy link]
Post time 9-8-2021 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Kuarters bomba di Bintulu antara lima lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak
KUCHING: Kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu antara lima lagi lokaliti yang diperintahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kuarters balai bomba itu bersama Bilik Sewa atas Kedai Six Two Street No 14 Columbia Shop House di Bintulu, Rumah (Rh) Ngumbang Ajum, Nanga Sidang di Tatau dan Rh Kilut Anak Along, Sungai Selitut di Jalan Tatau-Bintulu dikenakan PKPD dari tempoh 8 hingga 21 Ogos 2021.

"Satu lagi lokaliti dikenakan PKPD adalah Kampung Blau di Simunjan dari tempoh 10 hingga 23 Ogos 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBNS memakluman tempoh PKPD di Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan Samarahan dilanjutkan lagi dari 10 hingga 23 Ogos 2021.

Pada masa sama jawatankuasa itu berkata, tempoh PKPD di lapan lokaliti iaitu Rh Jamu, Peligong, Sebetan di Saratok; Rh Pantan, Ulu Senulau Saratok; Rumah Suring Jelian, Sungai Bain, Tinjar di Beluru; Sekolah Kebangsaan Sungai Bain, Tinjar di Beluru; Rumah Sewa Segala, Jalan Bintulu-Miri Bintulu: Bilik Sewa (atas kedai Car Wash) Bintulu; Kampung Kanchong Baru, Gedong Simunjan; dan Kampung Semera Hilir, Semera Masjid, Semera Lot serta Semera Hulu, Sadong Jaya ditamatkan hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS memberitahu sebanyak 58 kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh seminggu menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 449.

Jelasnya, daripada jumlah itu, Saratok merekodkan jumlah tertinggi iaitu 25 kompaun diikuti Bintulu 19, Sarikei (5), Miri (5), Samarahan (2), Bau (1) dan Dalat (1).

Dedah jawatankuasa itu, antara kesalahan yang dilakukan adalah individu enggan menjalani kuarantin di bawah Seksyen 15 sebanyak tiga kes, individu enggan menjalani kuarantin di bawah Seksyen 14 (2), individu memberi maklumat palsu (1), individu gagal mendaftar masuk premis (5), individu gagal memakai pelitup muka (9), individu gagal memastikan penjarakan fizikal (30), lain-lain kesalahan SOP (4), pemilik premis gagal menyediakan hand sanitizer (Perbadanan) (1), majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja (Perbadanan) (1), dan lain-lain kesalahan SOP (Perbadanan) (2).

Selain itu, Polis Diraja Malaysia mengeluarkan 12 kompaun iaitu Miri lapan dan Kuching empat menjadikan jumlah keseluruhan kompaun 9,771.

Manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) pula mengeluarkan 11 kompaun menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,399.



utusanborneo.com.my/2021/08/09





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.902090 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list