CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 850|Reply: 2

[Sarawak] Covid-19 09/08/2021 589 Kes baharu

[Copy link]
Post time 9-8-2021 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 9-8-2021 09:38 AM

Kuching, Mukah catat kes tinggi



KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 589 kes positif Covid-19 baharu, menjadikan keseluruhan kes berjumlah 81,917.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kuching masih merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi dengan 348 kes, diikuti Mukah (70), Saratok (32), Samarahan (24), Kabong (20) dan Bau (19).

“Turut merekodkan kes positif adalah Serian sebanyak 15 kes, Sibu (11), Tatau (11), Bintulu (10), Miri (8), Sri Aman (5), Selangau (3), Kapit (2) dan Subis (2).

“Manakala Betong, Lundu, Sarikei, Tebedu, Lawas, Song, Julau Beluru dan Simunjan masing-masing mencatatkan satu kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN turut mendedahkan sebanyak tiga kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 471 orang.


sarawakvoice.com/2021/08/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2021 05:36 PM | Show all posts
Kes  harian menurun, termasuk Sarawak 589 kes


KUCHING: Kementerian Kesihatan malaysia (KKM0 merekodkan 17,236  kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini termasuk 589 kes di Sarawak berbanding 581 semalam.

Dengan itu, jumlah  keseluruhan kes di negeri ini ialah 81,328.

Melalui Twitternya, Tan Sri Dr Dr Noor Hisham Abdullah  berkata, jumlah keseluruhan kini ialah 1,279,776.

Selangor terus merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi,  5,740.

Ini diikuti Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232), Negeri Sembilan (1,215), Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), dan  Pahang (604)

Manakala Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (8).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 05:43 PM | Show all posts
COVID-19: 589 kes baharu, tiga kematian direkodkan hari ini di Sarawak

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 589 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini setakat ini, 81,917.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya juga memaklumkan tiga kematian baharu melibatkan COVID-19 dilaporkan di negeri ini, hari ini.

"Kuching merekodkan jumlah kes tertinggi hari ini iaitu 348 diikuti Mukah (70), Saratok (32), Samarahan (24), Kabong (20), Bau ( 19), Serian (15), Sibu (11), Tatau (11), Bintulu (10), Miri (8).

" Sri Aman (5), Selangau (3), Kapit (2), Subis (2), Betong (1), Lundu (1), Sarikei (1), Tebedu (1), Lawas (1), Song (1), Julau (1), Beluru (1) dan Simunjan (1), katanya.

JPBNS berkata 108 daripada 589 kes baharu dilaporkan di Sarawak hari ini adalah bergejala manakala 481 tidak bergejala.

"481 kes adalah kategori 1 (tiada gejala), 107 kategori 2 (gejala ringan) dan satu kes adalah kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator)," tambahnya.

Menjelas lanjut mengenai tiga kematian dilaporkan hari ini, JPBNS berkata kes ke-469 melibatkan seorang lelaki berusia 80 tahun dari Sri Aman yang mempunyai ko-morbid seperti penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik dan stroke.

"Manakala kes kematian ke-470, JPBNS memaklumkan melibatkan wanita, 85 tahun dari Kuching. Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi dan stroke.

"Kes kematian ke-471, melibatkan lelaki, 56 tahun dari Simunjan. Mangsa juga mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan obesiti," katanya.

JPBNS juga memberitahu pada hari ini, 837 pesakit telah discaj dan dibenarkan pulang dari hospital menjadi jumlah kumulatif kes telah pulih ialah 74,063 atau 90.41 peratus.

Jumlah kes yang masih aktif di Sarawak ketika ini ialah 7,203, tambahnya.


utusanborneo.com.my/2021/08/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.171514 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list