CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 1

[Sarawak] [Bintulu]Elak berjumpa, berkumpul dalam jumlah ramai

[Copy link]
Post time 9-8-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Elak berjumpa, berkumpul dalam jumlah ramai - Tiong


BINTULU: Orang ramai di bahagian ini diingatkan supaya terus menggelakkan dari mengadakan aktiviti perjumpaan atau berkumpul dalam jumlah yang ramai bagi mengekang penularan virus COVID-19, kata Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Setiap individu ujarnya harus menanam rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling mereka dengan sentiasa mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Antaranya menurut beliau ialah setiap individu harus mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mengelakkan diri dari berada di tempat sesak.

"Semua pihak harus ingat walaupun Bintulu sudah berada di fasa tiga Pelan Pemulihan Negara, kita masih lagi dalam tempoh darurat yang mana menjadi petanda jelas bahawa wabak ini masih lagi menular dalam kalangan masyarakat," ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu yang disahkan positif COVID-19, Tiong berkata, pihak pengurusan balai sudah memanggil semua anggotanya bercuti panjang bagi menggantikan anggota bomba yang merupakan kontak rapat yang diarah menjalani kuarantin.

"Pada masa sekarang, BBP Bintulu mendapat bantuan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri dan Sibu dan akan menggalas tanggungjawab bagi bertugas sekiranya berlaku kebakaran serta kes kecemasan yang dalam bidang kuasa jabatan berkenaan," ujarya.

Tiong dalam masa sama berkata bahawa anggota bomba dari kedua-dua bahagian yang ditugaskan ke sini bebas dari jangkitan COVID-19.


utusanborneo.com.my/2021/08/09




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 09:27 AM | Show all posts
orang kita ni ...payah skit ...
bagi kebebasan ... mula lah ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070853 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list