CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 1

[Sarawak] SOP terkini KKM yang tular tidak dipraktikkan di Sarawak

[Copy link]
Post time 8-8-2021 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-8-2021 11:16 AM

SOP terkini KKM yang tular tidak dipraktikkan di Sarawak

KUCHING: Mesej tular mengenai garis panduan (SOP) terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika didapati positif COVID-19 tidak dipraktikkan di Sarawak.

Sehubungan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) mengingatkan rakyat negeri ini untuk berhati-hati dengan maklumat yang tidak berkenaan.

Menurut Dr Sim, situasi di Sarawak adalah berbeza daripada Kuala Lumpur di mana jangkitan harian COVID-19 sangat tinggi dan memasuki peringkat mitigasi.

“Berhati-hati dengan maklumat palsu dan maklumat yang tidak berkenaan, tidak relevan atau tidak sesuai untuk Sarawak pada masa ini.

“Kuala Lumpur adalah dalam peringkat mitigasi dan kita di Sarawak kembali kepada peringkat pembendungan. Jadi saya minta bantuan anda (rakyat Sarawak) untuk tidak mempraktikkan SOP terkini KKM yang tular itu kerana ia tidak dipraktikkan di Sarawak,” katanya menerusi Facebooknya.

Dr Sim yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum ini berkata, Sarawak memfokuskan kepada VTTISR iaitu vaksinasi, ujian, pengesanan, pengasingan, sokongan dan tanggungjawab.

Justeru beliau mengajak rakyat Sarawak untuk teruskan semangat solidariti Sarawak, dan sama-sama memainkan peranan mengatasi COVID-19.

Dalam pada itu antara kandungan mesej tular mengenai SOP terkini KKM tersebut, KKM tidak akan lagi memanggil untuk pemakaian gelang kuarantin dan penyerahan Pemerhatian di Rumah (HSO) jika seseorang didapati positif COVID-19.

SOP tersebut turut menetapkan individu yang didapati positif COVID-19 diminta untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) jika gejala semakin teruk.

Kontak rapat juga tidak akan dipanggil untuk membuat ujian swab dan memakai gelang kuarantin.

Manakala semua kontak rapat kes positif diminta untuk duduk di rumah selama 10 hari dan hanya hubungi PKD atau Klinik Kesihatan jika mengalami gejala atau gejala semakin teruk.


utusanborneo.com.my/2021/08/08



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 12:06 AM | Show all posts
Dalam pada itu antara kandungan mesej tular mengenai SOP terkini KKM tersebut, KKM tidak akan lagi memanggil untuk pemakaian gelang kuarantin dan penyerahan Pemerhatian di Rumah (HSO) jika seseorang didapati positif COVID-19.

SOP tersebut turut menetapkan individu yang didapati positif COVID-19 diminta untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) jika gejala semakin teruk.

Kontak rapat juga tidak akan dipanggil untuk membuat ujian swab dan memakai gelang kuarantin.

Manakala semua kontak rapat kes positif diminta untuk duduk di rumah selama 10 hari dan hanya hubungi PKD atau Klinik Kesihatan jika mengalami gejala atau gejala semakin teruk.
baru tau ... rupa2 nya kat sana dah takde pakai gelang kuarantin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.441115 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list