Enam lagi lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD
KUCHING: Enam lagi lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa antara 5 hingga 21 Ogos ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata tiga daripada melibatkan lokaliti di Bintulu dan masing-masing satu di Sebauh, Lundu dan Sri Aman.
“Di Sebauh, lokaliti terlibat ialah Kuarters Pekerja di Estet Sungai Kubud, Ladang Keresa manakala di arahan PKPD di Bintulu melibatkan Rumah Engkabang Anak Angang, Kuarters Pekerja Hock Peng Reality dan Kuarters Pekerja Sim Swee Joo.
“Manakala arahan PKPD di Lundu melibatkan Kampung Sebat Melayu, Kampung Sebat Baru, Kampung Temaga Melayu dan Kampung Tanah Hitam di Sematan serta Rh. Pilit, Kampung Kaong Ulu, Undop di Sri Aman,” katanya.
JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan Blok Penempatan Banduan, Penjara Pusat Miri mulai 7 hingga 17 Ogos ini.
Turut dilanjutkan PKPD melibatkan Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2 di Dalat mulai 8 hingga 14 Ogos ini.
Manakala PKPD di Rh. Gimang, Jalan Kwong Ming Minah di Sarikei ditamatkan hari ini. Dalam pada itu polis Sarawak telah mengeluarkan 34 kompaun di Kuching atas kesalahan tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka (14), menghadiri majlis sosial (12), gagal mengimbas kod QR MySejahtera(5) dan keluar dari kawasan PKPD tanpa kebenaran (1).
Manakala satu kompaun dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan di Sarikei atas kesalahan buku daftar pelanggan tidak lengkap.
Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan polis kini sebanyak 9,747 manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan 1,383 kompaun setakat ini.
utusanborneo.com.my/2021/08/07
|