CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

[Sarawak] Covid-19 07/08/2021 573 Kes baharu

[Copy link]
Post time 7-8-2021 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-8-2021 10:28 AM

COVID-19: 573 kes baharu, dua kematian di Sarawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 573 kes baharu COVID-19 hari ini dengan kes harian tertinggi dilaporkan di Daerah Kuching iaitu sebanyak 261 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata lain-lain kes dikesan di Serian (79), Simunjan (41), Samarahan (29), Sibu (28), Bau (21), Mukah (14), Sri Aman (12), Lundu (12), Selangau (12) dan Miri (11).

Manakala Meradong (9), Subis (7), Dalat (7), Bintulu (6), Kapit (6), Asajaya (4), Tebedu (4), Saratok (2), Lawas (2), Kanowit (1), Song (1), Marudi (1), Tatau (1), Kabong (1) dan Pakan (1) menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 80,747.

“Daripada kes baharu hari ini, 323 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan 60 kes merupakan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 58 kes libatkan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 130 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan dua kes Import B,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan dua kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kematian di Sarawak seramai 468 orang setakat ini.
Kematian ini katanya melibatkan perempuan tempatan berumur 22 tahun yang dilaporkan jenazahnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Manakala satu lagi kematian melibatkan lelaki tempatan berumur 57 tahun yang dilaporkan meninggal di HUS,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, terdapat 277 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini manakala jumlah kes masih aktif dan mendapat rawatan di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah COVID-19 adalah seramai 7,152 orang.

Mengenai kawasan jangkitan COVID-19, Jawatankuasa berkata, daerah Selangau telah bertukar ke status Merah daripada Jingga setelah merekodkan 44 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kapit pula, katanya bertukar ke status Jingga daripada Kuning setelah merekodkan 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Manakala daerah Sarikei dan Pakan telah kembali ke status Kuning daripada Jingga setelah masing-masing merekodkan 16 dan 10 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.
“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah di Sarawak kini sebanyak 18, Jingga (7), Kuning (10) dan Hijau (5),” katanya.



Utusanborneo/2021/08/07



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050300 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list