CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 4

[Sarawak] Rasuah RM48,000, pengarah agensi kerajaan direman

[Copy link]
Post time 6-8-2021 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-8-2021 11:29 AM

Rasuah RM48,000, pengarah agensi kerajaan direman


Suspek (kanan) ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

KUCHING: Seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Sibu direman tujuh hari bermula hari ini (Jumaat) hingga 12 Ogos bagi membantu siasatan kes menerima suapan bernilai lebih RM48,000.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhamad Yasser Mohd Nasri di Mahkamah Sri Aman selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sibu menerusi aplikasi Zoom Meet, hari ini.

Menurut sumber SPRM, suspek ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sibu, jam 5.45 petang semalam. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan berjumlah lebih RM48,000 daripada kontraktor-kontraktor.

Difahamkan, ia dilakukan sebagai balasan melantik kontraktor-kontraktor tersebut untuk projek agensi berkenaan sekitar Kalaka, Saribas dan Betong.

SPRM turut menyita wang tunai lebih RM18,000 daripada suspek, kata sumber.

Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Utusan borneo/2021/08/06




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Da keje senang pun msh nak rembat duit tepi lg. Apa punya manusia la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-8-2021 08:38 PM
Da keje senang pun msh nak rembat duit tepi lg. Apa punya manusia la.

Heran iols. Gaji kompem beribu ribu lemon, masih jua nak songlap sini sana, nak duit kopi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
3 benda merosakkan

tak tepati masa
rasuah
cinggey
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah merasa memang xkan pernah cukup/puas.. Dah tak pk kesan kemudian hari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087635 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list