CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 5

[Sarawak] Amuk, ugut bunuh bapa apabila telefon bimbit tidak berfungsi, lelaki didenda

[Copy link]
Post time 6-8-2021 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Amuk, ugut bunuh bapa apabila telefon bimbit tidak berfungsi, lelaki didenda


KUCHING: Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Majistret di sini, hari ini akibat mengugut bunuh bapa kandungnya ketika mengamuk kerana telefon bimbit miliknya tidak berfungsi.

Majistret Zaiton Anuar juga memerintahkan tertuduh, Nurquwazzi Abu Bakar, 34, untuk dipenjara tujuh bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh bapanya yang berusia 70 tahun dalam satu kejadian pada 1 Ogos lalu, jam lebih kurang 9 pagi di kediaman mereka di Kampung Tabuan Hilir.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh secara tiba-tiba mengamuk dan mengacukan sebilah pisau pemotong terhadap mangsa.

Tertuduh juga mengeluarkan kata ugutan hendak membunuh mangsa dan semua orang.
Punca kejadian adalah tertuduh berang apabila telefon bimbitnya tidak berfungsi.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh kemudiannya ditangkap pada hari sama, jam 9.30 malam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Utusan borneo/2021/08/06



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 08:27 PM | Show all posts
ketagihan handphone nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah ishh ingatkan budak tadika tadi.

Dah umur2 ayah budak pun nak tantrum pasal phone? Tepuk dahi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsard nya perangai
mengamuk laa kat fon tu
mengamuk kat orang dah kenapa??
macam budak
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat budak remaja yg mengamuk

Mental ke?!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tagune punya anak derhaka. Tepon heols yang buat hal, merentan dekat bapak pulak. Memory full agaknya simpan media 18 taon sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.437551 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list