CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 0

[Sarawak] PKPD Lima lagi lokaliti termasuk dua rumah panjang dikenakan PKPD

[Copy link]
Post time 6-8-2021 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-8-2021 10:55 AM

Lima lagi lokaliti termasuk dua rumah panjang dikenakan PKPD

KUCHING: Lima termasuk dua rumah panjang (Rh) di negeri ini dikenakan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, lima lokaliti itu melibatkan, Kuarters Pekerja Grace Million di Bintulu dari 4 hingga 17 Ogos 2021, Rh Joseph Enja, Kampung Bangkong Asal di Pantu Sri Aman dari 6 hingga 19 Ogos 2021, Kampung Empila di Kota Samarahan (7 hingga 20 Ogos), Kampung Perpat di Kabong dan Rh Dennis, Sungai Klampai Saratok dari 7 hingga 21 Ogos 2021.

"Sementara itu, tiga lokaliti dilanjutkan tempoh PKPD iaitu Kampung Kanchong Baru di Gedong dari 6 hingga 13 Ogos 2021, Kampung Muding di Simunjan 9 hingga 13 Ogos 2021 dan Asrama Pekerja Kompleks 2, Ladang Sungai Mangga, Tersak dan Tanjung Melano Simunjan dari 12 hingga 20 Ogos 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan, dua lokaliti ditamatkan tempoh PKPD hari ini iaitu Rh Ama, Nanga Keluton Entabai di Pakan dan Bilik Sewa (atas kedai GT Tyre King), Batu 5 di Bintulu.

Mengenai notis kompaun, jawatankuasa itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan tiga kompaun iaitu dua di Bintulu dan satu di Kuching.

"Ketiga-tiga kompaun ini dikeluarkan atas kesalahan tidak mengimbas kod QR atau mencatatkan kehadiran sebelum memasuki premis," jelasnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan setakat ini adalah sebanyak 9,713.

Pada masa sama, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Majlis Daerah Bau mengeluarkan satu kompaun atas kesalahan buku daftar pelanggan tidak lengkap menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah PBT adalah sebanyak 1,382.


Utusan borneo/2021/08/06



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.087358 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list