CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1352|Reply: 2

[Sarawak] Muzium Budaya Borneo dijangka dibuka tahun ini

[Copy link]
Post time 6-8-2021 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Muzium Budaya Borneo dijangka dibuka tahun ini


KUCHING: Muzium Budaya Borneo dijangka dirasmikan pembukaannya pada tahun ini setelah beberapa kali tertangguh.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata apabila dibuka nanti, muzium berkenaan akan menjadi muzium kedua terbesar di Asia Tenggara itu.

“Muzium ini dijadualkan untuk dirasmikan pada hujung tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media sempena ulang tahun ke-130 Muzium Sarawak di sini semalam.

Manakala bagi Muzium Sejarah Asli, Karim berkata muzium itu kini sedang dinaik taraf dan berkemungkinan tidak dapat dibuka pada tahun ini.

“Sususan koleksi di Muzium Sejarah Asli memakan masa yang lama kerana perlu disusun dengan teliti mengikut kronologi sejarah,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap kementerian Hii Chang Kee serta Pengarah Muzium Sarawak Tazudim Mohtar.



sarawakvoice.com/2021/08/05



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2021 09:13 AM | Show all posts
Sarawak bakal punyai muzium kedua terbesar di Asia Tenggara

KUCHING, 4 OGOS: Sarawak bakal mempunyai muzium kedua terbesar di Asia Tenggara dengan pembukaan Borneo Culture Museum, umum Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Muzium tersebut dijangka siap pada tahun hadapan, katanya.

Jelasnya, selain Borneo Culture Museum, beberapa buah muzium juga bakal diwujudkan di Sarawak seperti Muzium Maritim, Muzium Warisan Kubu Lili Betong, Kubu Emma Kanowit dan banyak lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sejurus  merasmikan sambutan 130 tahun Muzium Sarawak,Jabatan Muzium Sarawak.

“Muzium kedua terbesar di Asia Tenggara ini diharap bakal menarik minat orang ramai untuk terus mengunjungi muzium dan menjadikannya sebagai gedung ilmu.

“Beberapa buah muzium juga bakal diwujudkan di Sarawak seperti Muzium Maritim, Muzium Warisan Kubu Lili Betong, Kubu Emma Kanowit dan banyak lagi.

“Muzium-muzium yang bakal dibuka itu diharap dapat menarik minat pelancong sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan memandangkan negeri Sarawak bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya, tetapi juga dengan bangunan dan monumen bersejarah,” kata Abdul Karim.

Salah satu ikon negeri Sarawak ialah bangunan Muzium Sarawak, yang telah dibina semasa pemerintahan Rajah Charles Brooke pada tahun 1891.

Muzium Sarawak telah diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai ‘Museum of Borneo’s Natural History and Ethnology’.


tvstv.my/2021/08/04
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Kedua terbesar

Boleh la bawa anak2 klu dh buka nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.222956 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list